­
Pinky Momma

Followers

Cara Mengatasi Masalah Batu Karang Dengan Glamo Health

9:08:00 AM

Ada dekat sini yang mengalami masalah kencing tak lawas, susah nak buang air besar dan juga masalah batu karang di dalam hempedu? Macam aku, masalah kencing tak lawas dan batu karang tu memang tak de tapi susah nak lawas buang air besar tu selalu terjadi. Nak nak kalau satu hari aku sibuk, aku selalu nak minum air masak yang banyak..Mula la nanti rasa tak best bila tak membuang

Kadang kadang cemburunya tengok orang pagi pagi dah membuang ni kan. Eh lega ok bila kita dapat buang segala toksin toksin dalam badan ni. Badan pun rasa ringan je yer dak? Korang sama juga ke macam kak fink? Kalau ada yang mengalami masalah penghadaman macam aku ni, boleh cuba minuman semulajadi dari Glamo Health ni..


Ramai yang tidak tahu, betapa menderitanya bila mengalami masalah batu karang ni kan. Aku yang tak dapat nak buang air dalam masa beberapa hari pun dah rasa tak selesa. Rasa senak jer perut. Semua serba tak kena. Ini kan pula sakit batu karang yang memeritkan terutamanya rasa sakit bila nak membuang air kecil jer pun..

Ni kak fink kongsikan antara risiko mereka yang berkemungkinan terkena dengan penyakit batu karang ni. Antaranya kerap terasa sakit bila hendak membuang air kecil, pengambilan air masak yang sikit, masalah berat badan berlebihan, mengambil garam secara berlebihan, mengamalkan diet protein yang tinggi dan beberapa risiko lain lagi..


Kadang tu bila kita suka tahan bila sepatutnya kita nak buang air tapi sebab masa tu kita sibuk atau tiada tempat nak membuang, kita suka tahan kan. Itu juga boleh menjadi penyebab batu karang. Haih zaman sekarang ni macam macam penyakit la korang. Bukan hanya golongan yang berusia je yang ada penyakit ni tapi golongan muda pun ada tau..


Minuman Jus Glamo Health ni adalah minuman semulajadi yang diperbuat daripada bahan bahan campuran minuman Botani Delima dan Daun Dukung Anak. Bahan bahan lain adalah dari buah lemon, madu, daun celery, ubi bit merah, selasih, daun durian belanda dan daun belalai gajah. Semua bahan bahan tersebut memang kita tahu faedah dan manfaat nya kan. 

Macam daun belalai gajah tu, memang kiteorang ada tanam dekat rumah. Daun tu boleh dimakan dibuat ulam ataupun buat jus. Tapi dengan Glamo Health ni, ianya dah siap siap dimasukkan dalam jus minuman tadi. Korang kena cuba. Lagipun bahan bahannya memang semulajadi dan boleh diminum tanpa rasa was was..


Macam aku, aku amalkan meminum jus minuman Glamo Health ni sebelum aku tidur. Dalam 30ml dan telan terus. Memang ada cawan sukatan tu bila korang beli nanti. Lepas minum tu terus boleh tidur jer. Kalau boleh, jangan dibilas dengan air masak selepas minum tu. Bangun pagi tu, korang boleh minum air masak dan amalkan sekurang kurangnya 8 gelas air masak setiap hari. Lagi lebih lagi bagus..


Dan sekarang ni, dalam masa beberapa hari aku amalkan, yang bestnya pagi pagi masa minum air masak tu terus rasa nak membuang ahahahaha..Wahhh dia punya feel dapat buang di awal pagi tu memang best ok. Aku nak ringankan badan ni jer. Bila kita dapat buang toksin tu memang badan akan rasa ringan sikit kan.. Moga sistem penghadaman aku terus lancar..

Website: www.glamohealth.com.my

Instagram: @glamohealthsdnbhd
Instagram: @glamohealth_hq

Telefon: +6012- 2266 953
Harga: RM200.00 [Semenanjung] / RM210.00 [Sabah Sarawak]

kalau korang ada masalah susah nak buang air, boleh la amalkan ya
jom kita cegah masalah batu karang sebelum terlambat..



You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!