Night Of Fright 5 di Sunway Lagoon Kembali Lagi Dengan 8 Rumah Hantu
8:00:00 AM
Tahun kelima Sunway Lagoon sekali lagi kembali dengan acara tahunan di bulan Oktober iaitu Night of Fright 5 (NOF5). Tahun ini Night of Fright 5 kembali dengan 8 rumah berhantu, 5 zon menakutkan, 11 tungangan mencabar dan 4 persembahan pentas untuk para pengunjung sama sama merasainya..
4 Persembahan Pentas:
Nah kak fink kongsikan dengan korang benda yang tak boleh korang buat sepanjang menyertai Night of Fright di Sunway Lagoon tu ya. Yang penting, korang tak dibenarkan memegang hantu hantu yang ada tu, dan diaorang pun tak kan pegang korang. Diaorang sekadar sergah sergah macam tu jer. Pegang tak dibenarkan ya..
Macam biasa sementara menunggu pintu masuk Sunway Lagoon tu dibuka, kiteorang sempat minum welcome drink yang disediakankan di Pharmacy. Wah menarik ni siap ada picagari dalam minuman tu ahahahaha..Seram sangat nak minum 'darah' tu wak..Padahal tu tu air gula jer..Kalau nak air tu manis, picit la banyak sikit. Ikut selera tekak masing masing..
Kiteorang tunggu sampai habis hari tu. Lebih kurang dalam 11.30 habis Night of Fright ni. Yer la setahun sekali jer kan. Sebab di akhir Night of Fright tu akan ada Parade. Semua hantu hantu tu tadi akan berkumpul untuk berarak secara beramai ramai ke pentas utama untuk acara penutup Night of Fright. Yang ni memang korang kena tunggu. Menarik sangat tau..
8 Rumah Hantu:
Pontianak
Vs Pocong, Horrorwood Studios, Zombie Apocalypse, The Ghostbusters
Adventure LIVE, Dystopia Hospital Hell, Island of The Dolls, Day of The
Undead in 3 D & Ouija
5 Zon Menakutkan:
Horrorwood Boulevar, Forest of Fear, Zombie Pirates, Judgement Lane & March of The Undead
11 Tungangan Mencabar & Menyeronokkan:
Carousel, Tomahawk, Apache Pots, Wagon Wheel, Pirate's Revenge, Lost City of Gold Scream Coaster, Fun Fair, Grand Canyon River Rapids, Butch Cassidy Trail, Vultures & Colorado Splash
4 Persembahan Pentas:
Horror Circus, Wicked Souls, Egyption Temple & Judgement Stage
Nah kak fink kongsikan dengan korang benda yang tak boleh korang buat sepanjang menyertai Night of Fright di Sunway Lagoon tu ya. Yang penting, korang tak dibenarkan memegang hantu hantu yang ada tu, dan diaorang pun tak kan pegang korang. Diaorang sekadar sergah sergah macam tu jer. Pegang tak dibenarkan ya..
Macam biasa sementara menunggu pintu masuk Sunway Lagoon tu dibuka, kiteorang sempat minum welcome drink yang disediakankan di Pharmacy. Wah menarik ni siap ada picagari dalam minuman tu ahahahaha..Seram sangat nak minum 'darah' tu wak..Padahal tu tu air gula jer..Kalau nak air tu manis, picit la banyak sikit. Ikut selera tekak masing masing..
Perasmian Night of Fright 5 telah dirasmikan pada jam 8.30 malam. Malam tu cuaca pun baik, tak hujan. Tahun ni siap ada Undead Run yang dijalankan sekali. Jadinya lepas jer perlepasan pelari pelari yang menyertai Undead Run ni, barulah pintu masuk Sunway Lagoon dibuka untuk yang ingin merasai Night of Fright 5..
Untuk pengetahuan semua, Night of Fright 5 ni diadakan dari 7 Oktober sehingga 31 Oktober 27 setiap hari jumaat sehingga Ahad ya. Ianya bermula pada jam 7.30 malam sehinggalah 11.30 malam. Tiket nak masuk ke sini adalah RM64.00. So tunggu apa lagi, kalau korang suka kan cabaran dan atasi rasa takut tu, ini lah masa nya..
Sebenarnya aku takut takut berani jer masuk dalam ni ahahahahah..Yer lah merata rata hantu dia berjalan. Haishhh.. Tapi sebab abang long tu nak masuk sangat rasa sempena birthday dia. Ok lah mama berani kan diri masuk juga. Bak kata kawan aku, kalau nampak hantu tu datang, jangan lari ahahahaha..Nanti dia lagi suka. Dia kejar korang. So kena acah acah berani jer..
Diaorang tak kan sentuh korang pun. So jalan jer macam tak de perasaan hahahahaha. Kalau rasa nak bergambar, cakap je lah nak bergambar dengan dia. Nanti hantu tu posing sekali. Hantu yang ni dia asyik ikut abang long jer ahahahaha adoii..Daripada abang long tu berani, terus jadi seram. Dah abang long asyik nak pegang jer tangan aku ahahahahaha..
Nak ambil gambar pun kena in character wak. Kena serius juga.. Kalau senyum kang tak jadi pula keseraman tu kan ahahahaha..Ada hantu yang jenis duduk diam jer..Terkejut juga lah sebab dekat situ kan gelap. Tiba tiba ko elok pula terpacak dekat tempat gelap tu..Tapi ada yang jenis mengejar. Yang jenis suka sergah sergah..Mula mula aku takut tapi dah lama lama macam dah boleh hadam suasana tu..
Yayy dapat juga bergambar dengan hantu cantik Sasha Saidin ni. Amboi dia jadi Bella Cullen la malam tu. Jadi hantu pun cantik ahahahaha..Siap suruh abang long tu posing macam tu haaa..Abang long pula yang nervous bila hantu nak bagi bunga dekat dia HAHAHHAAHA..Ni antara hantu yang abang long tak takut sangat lah..Mungkin hantu cantik sangat kot
Masa ni diaorang bertiga ni nak masuk rumah hantu pertama. Yang ni di Dystopia Hospital Hell. Eh aku memang tak kan masuk lah..Kita tak kuat semangat nak kena sergah dalam rumah hantu nanti wak. Yang diaorang masuk ni hospital. Dari luar dah dengar orang menjerit jerit tapi abang long tu beraniii walaupun mama dengar dia menjerit masa dekat pintu keluar tu ahahahaha..
Malam tu kami dinner dekat Blok 666. Tak nampakkk apaaaa pun ahahahaha. Yang aku nampak lampu warna merah jer haaa..Tapi fun juga lah pengalaman ni. Serius tak cuba tak tahu kan. Kena cuba baru tahu rasa tu macam mana. Kalau korang nak makan, boleh tuju area Dining Area ni. Antara yang ada dekat sini adalah Nestle Ice Cream, Scream Cafe, Captain Jack, Bloody Food Street.
Selesai jer isi perut, kiteorang bergerak ke tempat lain pula. Ride tak naik lagi masa ni. Mengikut yang pergi sebelum tahun tahun sebelum ni, tahun ni macam tak ramai sangat hantu yang berkeliaran. Aku tak pasti lah bab tu sebab ni pengalaman pertama aku memberanikan diri masuk Night of Fright kan. Yang penting ramai gila orang suka Night of Fright ni eh. Meriah walaupun dah malam..
Sementara tunggu Suzai dan Reef naik ride Pirate Revenge yang mampu berpusing 360 darjah tu, aku duduk jer lah dekat area sini. Si Suzai tu memang dasar berani sangat. Orang lain naik dah terjerit jerit. Dia macam gelak gelak. Hehhh nasib baik aku tak naik. Boleh terkeluar jantung agaknya. Seram sangat la kapal tu berpusing..
Dekat sini pun ada jer hantu yang berkeliaran. Sempat lah bergambar dengan beberapa hantu buat kenang kenangan. Setahun sekali jer jumpa hantu kan ahahahaha..Hantu paling glamer lah malam tu. Asyik orang tahan jer nak bergambar..Mula mula je korang rasa macam takut takut tapi bila dah beberapa minit tu, korang yang cari hantu pula nak bergambar HAHAHAHAHA..
Terpaling comel rasanya dalam banyak banyak hantu yang kiteorang jumpa malam tu. Perempuan dalam tu ya. Tapi dia sejenis yang suka mengejar orang juga. Dengan abang long dia tak kejar. Tahu tahu duduk sebelah jer minta diambil gambar. Alololo comel lah awak ni walaupun rambut awak macam tak shampoo beberapa tahun ahahahaha..
Yang ni pula hantu paling kelakar. Siap cakap kejap kejap sebab dia tak ready lagi nak bergambar. Yang jenis peramah macam ni memang lah abang long tu tak takut. Yang takut bila yang jenis mengikut kita senyap senyap ni. Tiba tiba dah ada dekat belakang ahahahaha..Tu seram juga la..Sebab tak jangka dia ada dekat situ kan..
Yang 2 orang ni jenis suka menerjah ahahahahaha..Takut takut abang long tu sebenarnya..Tapi nak buat macam mana kan. Aku dah pesan dengan dia kalau nampak hantu, buat chill jer..Walaupun dia acah acah berani tapi muka tu nampak cuak juga lah hahahahaha..Pengalaman ni abang long. Nak latih awak jadi lebih berani dari dulu..
Kiteorang tunggu sampai habis hari tu. Lebih kurang dalam 11.30 habis Night of Fright ni. Yer la setahun sekali jer kan. Sebab di akhir Night of Fright tu akan ada Parade. Semua hantu hantu tu tadi akan berkumpul untuk berarak secara beramai ramai ke pentas utama untuk acara penutup Night of Fright. Yang ni memang korang kena tunggu. Menarik sangat tau..
Kiteorang sempat bawa balik Blood Bag ni sebab dah tak larat nak makan ataupun minum. Dah kekenyangan sangat sangat. Aku rasa air paling laku malam tu. Asyik habis jer ahahaaha..Tapi demi Blood Bag ni gigih juga beratur dan tunggu. Cari dekat area Captain Jack ada jual ya.. So far pada aku pengalaman masuk ke Night of Fright 5 ni memang menyeronokkan. Sedikit sebanyak korang belajar cara nak atasi masalah ketakutan tu..
Facebook: Sunway Lagoon Malaysia
Website: www.sunwaylagoon.com.my
Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Selangor Darul Ehsan,
Telefon: 03-5639 0000
tenkiu Jijie kongsi tiket dengan mader..tahun depan nak pergi lagi pleaseeee!
1 828 PinKy PinKo say Hi!
bestnya !! saya teringin sangat nak pergi NOF kali ni.. boleh tak sy nak tau.. dgn masa yg diberikan tu cukup ke kalau kita nak masuk semua rumah hantu dgn attraction lain yg ada? sbb macam tak cukup masa haha.. rasa rugi pulak bayar mahal tapi tak dpt rasa semua kan.. NOF ni takde express line kan? terima kasih pinky momma :)
ReplyDeletePlease have some respect and be courteous when you comment in my blog =)
Thanks peeps!