Followers

Pembukaan Kedai Rakyat 1 Malaysia 2.0 (KR1M)

11:52:00 PM

Kak fink percaya dekat sini mesti ramai tahu tentang kewujudan Kedai Rakyat 1 Malaysia kan? Wujudnya KR1M ni sekurang kurangnya dapat mengurangkan beban golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah kan. Yer la kadang tu barang yang sama di kedai biasa tapi di KR1M, kita dapat membelinya dengan harga yang murah..

Untuk pengetahuan korang, KR1M kini akan kembali dengan wajah yang baru dan beberapa penambahbaikan akan dilakukan. Pastinya wajah baru ini akan nampak lebih segar daripada KR1M yang terdahulu. Rakyat Malaysia juga boleh mendapatkan harga barangan yang jauh lebih murah dengan perbezaan harga sebanyak 30% hingga 50% daripada pasaran. 

Kredit Gambar: www.hmetro.com.my
Untuk KR1M 2.0 ni, ianya bakal membuka banyak peluang kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Kalau sebelum ini, jenama yang digunakan pada produk tersebut menggunakan jenama KR1M tapi untuk KR1M 2.0 ini, jenama sebenar produk tersebut akan digunakan tapi sedikit penambahan dengan meletakkan logo milik KR1M. Ini untuk membolehkan produk tersebut dijual dengan harga yang murah..


Sama sama kita nantikan KR1M yang baru ini. Yer lah dengan kewujudan KR1M ni dapat juga kita jimat belanja bulanan untuk rumah kan. Zaman sekarang ni kena lah bijak berbelanja. Katanya dalam masa terdekat ni jer. Yang penting produk yang ada di KR1M ni bukan lah produk yang tidak mempunyai kualiti ya..Ianya murah kerana produk tersebut mempunyai logo KR1M..

Website KPDNKK: www.kpdnkk.gov.my/kpdnkk/

moga dipermudahkan segala urusan pembukaan KR1M 2.0 ni
tak sabar nak beli di KR1M yang baru nanti



You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!