Followers

10 Kumpulan Menyertai Boot Camp Program Keusahawanan Universiti (VEST) di Janda Baik

1:14:00 PM

Dalam entry yang terdahulu, kak fink ada kongsikan mengenai Program Keusahawanan Universiti yang dinamakan VEST ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada kalangan pelajar pelajar Universiti. Pelbagai peluang yang boleh dikecapi oleh adik adik sekarang ni kalau nak dibandingkan masa zaman kak fink bergelar pelajar dulu. 

Yer lah bukan hanya dapat menimba ilmu, tapi mereka juga berpeluang mendapat hadiah yang agak lumayan sekiranya mereka diangkat sebagai pemenang. Seramai 20 orang coach telah dilantik untuk berkongsi pengalaman mereka bersama adik adik ini melalui Program Keusahawanan Universiti. Mereka ini bukan calang calang ya. Semuanya mempunyai empayar perniagaan sendiri yang mampu dibanggakan..


Sebanyak 10 kumpulan telah dipilih untuk ke peringkat separuh akhir. Mereka ini telah di bawa ke satu boot camp yang diadakan di Serena Resort & Training Centre , Janda Baik selama 3 hari dan tambahan 2 hari di pusat latihan FIZO OMAR CONSULTANCY yang terletak Bangi. Wah bertuahnya adik adik ni. Perjalanan menimba ilmu untuk bergelar usahawan tu yang mahal sebenarnya..

Antara Idea daripada Top  10 finalis yang terpilih untuk Program Keusahawanan Universiti ini adalah seperti: 
  • Aiskrim Ali ( Uitm Puncak Alam)
  • SolviePro (UTP)
  • Hades.co (Unisel)
  • Osoppe (Uniten Muadzam Shah)
  • Paper Club (MMU Melaka)
  • Demeter (UNIKL)
  • Fast 2 Print (UKM)
  • Serdang Cendol (UPM)
  • Sintokyo Shushi (UUM)
  • Zech edu techno (UIA)

Apa yang kak fink boleh kongsikan idea daripada adik adik ini apabila berniaga, ianya dapat memberi manfaat dan menambah nilai hidup orang lain. Kita bukan hanya sekadar ingin mendapat keuntungan daripada perniagaan yang kita jalankan betul tak? Tapi dari berniaga kita dapat membanti orang lain itulah yang dapat memberikan kepuasan..


Antaranya idea daripada:
Hades.co (Unisel)
Mereka telah membuat applikasi untuk  orang ramai yang mengalami masalah kereta rosak. Dengan menggunakan applikasi ini, ianya dapat membantu orang ramai mencari mekanik dengan senang. Ya lah kadang kadang kereta nak rosak ni tak kira waktu kan? Ingat senang ke nak cari mekanik dalam masa mengejut dan tanpa diduga tu..Aplikasi ini lah yang kebanyakan daripada kita perlukan sekarang ni..

Fast 2 Print (UKM)
Mereka telah membina sebuah mesin fotostat 24 jam untuk kemudahan para pelajar di UKM untuk mencetak nota kuliah tanpa mengira masa dan hari. Ini kerana mesin fotostat ini dibuka 24 jam. Haa mudah kan? Kak fink faham kesibukan seorang pelajar macam mana. Kadang kadang malam baru kita ada masa nak fotostat tu kan. Menurut pelajar dari UKM ini, mereka bukan hanya ingin membuka Fast 2 Print ini di UKM sahaja malah menyasarkan untuk membukanya di setiap buah Universiti untuk kesenagan para pelajar di situ..


Kehadiran-Menteri KPDNKK , YB Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin di boot camp tersebut telah sedikit sebanyak menyuntik semangat adik adik ini dalam menuju perjalanan untuk bergelar seorang usahawan. Moga perniagaan yang dijalankan mendapat sambutan dan dapat membantu dalam memudahkan urusan seseorang. Teruskan semangat tersebut dan moga usahawan muda dapat dilahirkan lebih ramai lagi di masa akan datang..

Youtube: Vest Malaysia
Instagram: @vest_malaysia



You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!