Citrawarna @ Kuala Lumpur 2017 Bertemakan 'The Sunrise, The Green And The Echo Within'
7:00:00 AM
Citrawarna@Kuala Lumpur kembali lagi pada tahun ini dengan
tema The Sunrise, The Green and The Echo Within di mana ianya menyaksikan
gabungan persembahan teater muzikal dan tarian yang berlatarbelakangkan
kehijauan hutan hujan tropika dan laut Malaysia yang bersih.
Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 telah dianjurkan pada 28
Oktober 2017 (Sabtu), di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur oleh Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC). YB Dato’ Seri
Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
bercakap di Sidang Media sempena penganjuran Citrawarna@Kuala Lumpur 2017.
“Ramai yang tidak menyedari bahawa alam semulajadi kita
banyak mempengaruhi serta memberi inspirasi dalam pembentukan kebudayaan –
sebagai contoh tarian yang dihasilkan daripada pergerakan haiwan, adat resam
seperti pesta menuai atau Nine Emperor Gods untuk masyarakat nelayan Cina,
Warisan seperti corak bunga dalam anyaman, lukisan atau ukiran”
Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 mengambil inspirasi tema Hari
Pelancongan Sedunia yang disambut pada 27 September 2017 iaitu Sustainable
Tourism – A Tool For Development.turut menekankan kepentingan alam semulajadi
serta ekopelancongan yang menjadi salah satu elemen teras di dalam pelancongan.
Kelainan penganjuran Citrawarna kali ini ialah gabungan
elemen teater tarian, muzikal dan street parade. Pada tahun 2015 dan 2016,
konsep yang dipersembahkan ialah teaterikal gabungan drama tari dengan street
parade. Citrawarna senantiasa tampil dengan konsep baharu, segar dan kreatif
pada setiap kali penganjurannya sejak 1999.
Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 bermula pada jam 4.30 petang di
mana pelbagai aktiviti menarik akan diadakan di Chillax Zone (di sekitar tiang
bendera Dataran Merdeka) seperti Persembahan Buskers, Permainan Rakyat seperti
teng-teng, galah panjang, zero point, batu Seremban, congkak, Baling selipar,
#SayangMalaysia Message dan Photowall untuk orang ramai mengekspresikan
perasaan cinta pada Malaysia, Fiesta Trak Makanan serta Parti Mangkuk Tingkat
dan Konti Radio Matic.fm.
Dato’ Seri Mohamed Nazri berkata, “Terdapat beberapa acara
sampingan yang telah dianjurkan untuk merancakkan lagi Citrawarna@Kuala Lumpur
2017. Antaranya ialah Kids Eco Dash Citrawarna 2017 pada 28 Oktober 2017, jam
7.30 pagi di Taman Eko Rimba, Bukit Nanas yang merupakan acara larian khas
untuk kanak-kanak berusia antara 4-12 tahun.”
Selain itu, untuk pencinta alam di luar sana, Kementerian
dengan kerjasama LOCCO dan Daun akan menganjurkan Program Bring Your Own Plant
yang merupakan “meet and greet session” di mana orang ramai digalakkan untuk
membawa/menyumbang satu pokok (edible plants) dengan mesej khas kepada Mother
Nature menggunakan perkhidmatan awam yang kurang pembebasan karbon seperti
MRT/LRT.
Fiesta Trak Makanan Citrawarna@Kuala Lumpur juga diadakan
untuk mengajak orang ramai merasai pengalaman membeli makanan secara “Cashless”
menggunakan telefon pintar melalui kerjasama di antara pihak BARRA dan BOOST
(anak syarikat Kumpulan Axiata). Ini selaras dengan perubahan zaman yang mana
pengalaman membeli belah pada masa kini menggunakan telefon pintar melalui
aplikasi mobile wallet.
0 828 PinKy PinKo say Hi!
Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)
Thanks peeps!