Followers

Sony A5100 Mirrorless Camera & Lense 55-210 mm: Hadiah Dari Suami Sempena HariJadi

11:49:00 AM

Ok sebenarnya ni appreciation post daripada seorang isteri kepada seorang suami wakakaka..Alaaa kita jarang ada entry geli geli camni wak. Bagi lah chance naaa..Setahun sekali jer nak dedik camni..Orang kata untuk kita simpan sebagai kenang kenangan. Bila tengok balik masa tua nanti, boleh la cakap tak sangka papa sweet juga HAHAHAHAHAHA..Mampos..

Check out dari Oakwood Hotel & Residence KL hari tu, aku dan suami pergi ke movie screening, Haunted Hotel di Mid Valley. Yer sangat jarang jalan berdua. Rasa macam pelik giler ahahahaha..Pastu rasa macam eh kena pegang tangan ke tak eh? Allahu serius tak biasa. Sebab kau dah biasa jalan kepit budak kembar tu kiri kanan kan. Tetiba kena jalan berdua ngan laki jer..Dia terus jadi macam krik krik..

Masa sampai Mid Valley tu, aku cakap la dengan dia, hari ni papa belanja lah mama makan sedap sedap boleh tak. Kita cuba nasib jer ni sebenarnya hahahaha..Pastu dia cakap nak makan apa? Masa aku tengah berfikir fikir tu, dia cakap air kopi boleh? Sebab bini hantu kopi kan. Kita beli yang San Francisco tu nak tak? Buy 1 Free 1 HAHAHAHAHA.. Adoi nak marah pun suami kan. Yer la Buy 1 Free 1 pun bolehhhh paaaaa..

Beli jer kopi, terus kami naik ke TGV tengok Haunted Hotel 2 jam camtu. Balik tu, aku cakap jom la balik makan rumah ayah jer lah. Kesian pula dekat anak. Walaupun keluar berdua tapi tetaplah mulut tu anak sesajer. Tapi dia cakap, kita singgah Sony kejap lah. Adoii aku ni kalau boleh nak cepat sampai rumah. Tapi tak nak spoil mood dia, aku cakap kejap jer eh pa. Kesian dekat anak..


Masa masuk dalam Sony tu terus encit papa cakap,  pilih la ma. Hadiah birthday. Ayat dia simple je tapi aku pandang dia banyak kali juga ahahahaha..Sebab dia tak cakap pun sebelum ni nak bagi apa apa. Dia kan sejenis tak de perasaan. Takut lah kena prank kan. Suami aku memang sejenis suka menyakat. Kadang tu susah nak percaya sangat..


Tapi lepas tengok kesungguhan dia pilih kan camera, pilihkan lense, terus aku macam ok ni betul nak bagi ni ahahahahaha..Aku memang ingat dia nak bagi camera jer. Tapi masa tu, promoter tu cakap, kalau beli camera dan nak tambah lense, dia bagi lagi murah. Yang aku berkenan adalah Sony a5100 dan Sony a6000


Tapi bila dikaji, pixel dia sama dan banyak persamaan antara dua camera ni. Yang Sony a5100 boleh selfie dan senang untuk kalau aku nak buat video nanti. Yang Sony a6000 tak boleh full. Dia boleh angkat separuh jer. Teringat kata kawan kawan yang dah pernah beli camera sebelum ni, diaorang cakap camera sebenarnya tak penting sangat tapi lense tu yang lagi penting.


Dan bila promoter tu bagi harga murah untuk lense yang panjang ni, encit papa terus cakap ok better ambil Sony a5100 + Lense 55-210 mm. Dia cakap lense ni kalau ambil gambar malam pun gambar still terang. Bila dicampur campur, harga camera + lense lebih kurang je dengan harga camera Sony a6000. Which is lagi untung kalau beli Sony a5100 + Lense 55-210 mm. Tanya encit papa, dia pun nak camera Sony a5100 + Lense 55-210 mm . Tak jadi ambil yang Sony a6000 tu.


Serius saper nak beli, untuk penjimatan dan hasil yang lebih memuaskan, better korang ambil Sony a5100 + Lense 55-210 mm. Tapi kalau tak nak pun tak per. Camera sajer pun dah ok wak. Ikut lah korang nak guna camera tu untuk apa. Macam aku, guna untuk blog. Pengganti DSLR tersayang tu..Aku pilih warna putih untuk camera dan lense tu aku pilih warna hitam. Lense tu ada warna hitam dan silver ahahahaha..Tapi tak suka silver. Suka hitam lagi..


Aku baru jer ambil gambar guna lense yang memang sedia ada di camera. Tak explore lagi dengan lense yang panjang tu. Nanti kak fink cuba dan kongsikan yer..Nak jumpa juga kawan kawan yang dah pakai camera ni. Diaorang lagi expert kan. Kita ni mode auto je pandai ahahahaha..Tak sempat sebenarnya nak main main button tu..Tunggu masa tenang tenang nanti nak try godek..


Sebenarnya rasa bersyukur sebab husband jenis support aku dengan blog dari tahun 2010. Walaupun pada mulanya dia tak faham kenapa lah aku kena membebel dekat blog hahahaha..Tapi blog ni kalau korang guna untuk cara yang elok, ianya menyeronokkan. Aku tak minta apa apa. Cukup lah dia support. Dia faham minat aku. Itu dah memadai..

Yer la aku hanya ada masa waktu malam. Kadang tu terjadi burung hantu, tidur lambat sebab nak siapkan entry. Siang memang kadang tak sempat. Nak masak, nak settlekan makan anak, nak jemput dan ambil diaorang sekolah. Memang tak sempat. So malam lah waktu aku pegang laptop, edit gambar dan fikir ayat ahahahahaha..Bukan senang tau jadi blogger ni..Blog itu komitmen..Semua orang boleh jadi blogger tapi nak yakinkan client, nak ada readers, nak orang suka bukan senang.


Doakan aku terus rajin untuk ketuk keyboard sampai cita cita aku tercapai. Eh siapa kata duduk rumah tak de cita cita wak. Banyak tau kalau nak senaraikan. Tapi tak pe lah. Biar aku simpan angan angan tu dulu..Moga Allah setuju dan benarkan ianya terjadi..Moga restu dari suami berterusan. Moga korang juga tak pernah jemu baca aku membebel ahahahaha..Terima kasih korang..Tetiba sebak..Banyak sangat kenangan sepanjang 7 tahun jadi blogger. Manis ada. Pahit pun ada..


thanks husband..dalam annoyed ada sweet nya..
Nikon dulu dia juga yang hadiahkan..bertahan 7 tahun..harapnya Sony pun sama



You Might Also Like

14 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Yang jarang sweet tu laa lagi manis kak.. macam baru semalam kahwin rasanya.. haaa kan manis tu..😄😄info t3rbaik tentang pembelian camera.. 😄 taste sangat..

    ReplyDelete
  2. lepas ke tidak komen aku td tu, dh penat taip, time out pulak. bodo lah. hahahahaha. neway! love u kak!

    ReplyDelete
  3. untungnya mommy, happy birthday ye semoga panjang umur dan murah rezeki

    ReplyDelete
  4. Happy birthday Diya. Kita baca blog awak dr dulu tau sampai la ni. Kita lah readers yang di maksudkan tu,kan? hehe.

    Wah romatiknya papa. TApi, betul la, asben kit apun gitu. Risau kena prank je. Bila jalan berdua kekok pulak,kan?

    KAmera tu lawa la. Nk tumpang ngendeng kamera lau ada jumpa masa eventhehe

    ReplyDelete
  5. walaweh kak sweet banget. hahahah tak tahan nak gelak gambar cik abg akak kembang hidung.. 😂😂😂 saja sakat akak yerrr

    ReplyDelete
  6. Wah sweetnya. Ika tengah cari camera hopefully ada yang hadiahkan juga hrhhe. Total harga berapa? Share la mana tau d budjet Ika

    ReplyDelete
  7. wah besnya!..ai pon peminat camera jugak...bes dapat new gadget ni kan...jom lawat blog sya sis https://dotneeda.blogspot.my/2017/10/jangan-abaikan-perkara-ini-ketika.html

    ReplyDelete
  8. Moga tercapai semua impian Diya, teruskan berblog naa. Suka baca

    ReplyDelete
  9. Tetiba terharu baca...
    Moga Diya terus berblog dan membebel. Kak nina suka singgah baca walau tuk tinggalkan jejak tuu macam seploh tahun sekali jer.. Hehe...
    Camera tuu pun kak nina dah lama tingin nak beli. Doakan nanti Geng belikan tuk kak nina gak ehh
    Take care Diya..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum diya...bila baca entri ni air mata dah x boleh tahan2 lg...sebak rasa hati bila teringatkan suami diya ni...akak yg kenal diya dr jauh terasa sgt inikan diya pasti lagi pilu dan terharunya...akak akan sentiasa mendoakan diya dan anak2 dapat menghadapi dugaan ini dengan tabah dan sabar yer...sedihnya rasa hati akak sbb Zamri yg pernah akak temui seorg yg pendiam,tak banyak ckp dan sentiasa tersenyum orgnya.. Allah lebih sygkan Zamri diya redhalah pemergiannya dgn doa dan semoga rohnya ditempatkan di dlm golongan org2 beriman....aamiin...semoga diya tabah yer...:(

    ReplyDelete
  11. Digital kamera lain blh tmbh lensa x?

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!