Followers

My Fun Cooking 2017 Yang Melibatkan Penyertaan Ibu & Anak Dalam Satu Kumpulan

4:50:00 PM

Kak fink memang suka tengok pertandingan masakan. Terutamanya yang melibatkan anak dan ibu dalam pertandingan tersebut. Hari tu, di One Space One City, satu pertandingan memasak yang dianjurkan oleh Lee Kum Yee telah diadakan untuk golongan ibu atau penjaga dan dibantu oleh anak yang berumur 10 sehinggalah 18 tahun. Menarik kan?


Ni antara hadiah yang akan dibawa pulang oleh para pemenang dan peserta yang memasuki pertandingan My Fun Cooking ini. Aku berkenan sangat hadiah untuk pemenang mingguan tu. Boleh bawa pulang bag troli dan juga Microwave dari Electrolux. My Fun Cooking ini akan berlangsung selama 4 minggu tau. Setiap minggu akan mempunyai seorang pemenang mingguan dan akan bertanding sekali lagi di Minggu keempat..


Sebelum bermula pertandingan ni, para peserta diberikan voucher bernilai RM50.00 dan membeli bahan bahan untuk dimasak. Pada minggu lepas, tema nya adalah ayam. Jadi masakan mereka haruslah mempunyai ayam sebagai hidangan utama. Para peserta juga perlu menggunakan bahan bahan dari produk Lee Kum Yee dalam masakan mereka.


Banyak sangat jenis hidangan yang bertemakan ayam dapat kak fink tengok hari tu. Yer la ibu ibu ni memang kreatif kan. Haa tengok jer lah gambar bawah ni, hidangan nugget ayam kumpulan ni  memang nampak menyelerakan..Dalam masa yang sama, kita bukan sahaja dapat tengok kehebatan  golongan ibu je yang masak, tapi kehebatan anak anak dalam menjadi assistant chef..



Para peserta hanya diberi masa sebanyak 1 jam sahaja untuk menyediakan hidangan ayam dalam pertandingan My Fun Cooking ini. Dalam masa yang diberikan juga, mereka perlu mengemas dan memastikan tempat memasak tadi dalam keadaan bersih dan kemas. Haa mana boleh masak, lepas tu biarkan jer bersepah. Kotor lah nanti. Semua tu akan diambil kira oleh juri dalam pemberian markah


Para juri dah bersedia untuk merasa setiap hidangan daripada para peserta. Kak fink yang nervous dekat situ hahahaha..Bukan hanya dari segi rasa, tapi persembahan hidangan tersebut ketika di bawa kepada juri juga akan diambil kira. Yang pastinya hidangan tadi mestilah menggunakan produk Lee Kum Yee..


Serius nya pada juri nak rasa hidangan satu per satu dari setiap kumpulan..Bukan senang kan nak tambat hati juri ni. Kalau aku yang masak hari tu pun mesti berdebar debar juga ahahahaha..Oh ya, produk Lee Kum Yee ni mempunyai kelulusan Halal dari Jakim ya. Just in case ada yang ragu ragu kan..


Dan akhirnya setelah sesi penjuriaan dibuat, pihak juri telah menobatkan kumpulan Puan Kat Kok Han Teng dan Chloe Chong Cheng Yee memenangi pertandingan My Fun Cooking pada minggu tersebut. Mereka akan bertanding lagi di peringkat akhir bersama pemenang mingguan yang lain. Tahniah untuk semua para peserta yang berani menyahut cabaran dalam pertandingan My Fun Cooking ini..



Kalau kata korang nak tengok sendiri depan mata, pertandingan My Fun Cooking ini boleh lah ke One Space One City pada tarikh di bawah ni ya.

Minggu 1 : 15 Oktober 2017
Minggu 2 : 22 Oktober 2017
Minggu 3 : 29 Oktober 2017
FINAL : 12 November 2017


minggu ni ada tau..kawan blogger kita kak ayu pun ada join hikhik



You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!