BBQ Set Dinner di Treat Restaurant Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur
8:20:00 AM
Ok dalam entry sebelum ni, kak fink dah review keseluruhan Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur kan? Kali ni kak fink nak kongsikan dengan korang, BBQ Set Dinner yang ada setiap hari Sabtu di TrEat Restaurant & Bar. Restoran ni terletak di Ground Floor jer. Dekat dengan Lobi dan juga dekat dengan Swimming Pool
Korang boleh buat reservation dengan staff di hotel untuk maklumkan korang akan dinner di situ malam tu ya. Yer la senang untuk mereka nak sediakan BBQ Set Dinner ni nanti. Untuk pengetahuan semua, dalam set BBQ Set Dinner ni ada ayam, daging, kambing, udang dan juga ikan. Selain itu, sayur dan salad juga dihidangkan sama, Siap dengan dessert puding roti disediakan selaki..
BBQ Set Dinner ni sesuai untuk 4 orang dewasa. Macam kami anak beranak hari tu, 2 Dewasa dan 4 Kanak Kanak yang makan memang tak habis. Banyak sangat wak. Serius memang puas hati lah makan. Macam untuk set ni, mereka akan hidangkan 4 keping daging dan 4 keping kambing. Korang rasa macam ala 4 keping je kan. Tapi bila dah banyak sangat pilihan tu, 4 keping kambing dan daging tu banyak..
Daging dan lembu yang sangat lembut. Makan pula memang gravy sauce yang disediakan memang sedap sangat. Gravy yang ada hari tu adalah mushroom dan juga black pepper. Kalau tanya kak fink, kak fink suka lagi mushroom gravy. Cukup rasa..
Macam untuk selera aku, aku suka lagi BBQ untuk udang, ayam dan ikan daripada BBQ daging sebab aku tak makan kambing ahahaha..Tapi my husband memang suka sangat BBQ daging dan kambing tu..Udang dan ikan tu memang sedap sangat sangat lah..Puas hati makan. Plus ikan yang disediakan tak de tulang. Senang la untuk anak anak nak makan..Udang tu udang harimau tau korang..Besar besar..
Memang tak perlu nasi kalau makan BBQ Set Dinner di sini sebab makan ni pun dah cukup mengenyangkan. Sayur campur dia pun sedap..Bagi kak fink, untuk satu set ni korang bayar RM180.00+ memang sangat berbaloi dengan duit yang dikeluarkan..
Gravy sauce sebagai pelengkap rasa untuk BBQ Set Dinner ni..Macam yang kak fink cakap di atas, korang boleh pilih sama ada nak makan bersama Mushroom ataupun Black pepper gravy. Diaorang tetap sediakan kedua dua gravy tersebut. Nak pedas boleh lah pilih yang black pepper tu ya. Tapi hari tu aku cuba, tak de lah pedas sangat. Anak anak boleh makan hihi..
Dessert biasanya staff tak akan hantar serentak dengan hidangan utama. Korang boleh request bila nak diaorang hidangkan dessert hari tu..Untuk BBQ Set Dinner ni, dessert yang disediakan adalah puding roti yang tersangatlah sedap beserta dengan buah buahan ..Full sangat perut malam tu hahahaha..
Terima kasih untuk layanan yang mesra daripada staff di TrEat Restaurant malam tu. Siap bungkuskan kiteorang lagi lebihan daging dan kambing yang tak habis tu ahahahahaha..Dia cakap nanti Puan lapar malam malam ni boleh lah makan lagi. Alah terharu lah kita. Padahal kiteorang memang tak suruh pun tapaw sebab memang dah kenyang sangat tapi staff tu baik hati sangat siap bungkuskan..
Boleh lah korang plan nak belanja isteri atau anak anak ke sempena hari
istimewa seperti anniversary ataupun birthday dengan BBQ Set Dinner yang
ada di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur ni..Memang puas hati
makan..Nak makan kambing di luar pun mahal ya..Ini siap dengan udang
besar besar, ayam, ikan semua ada..
Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur
Alamat: 222, Jalan Ampang, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur
Telefon: +603-2720 3888
Website: www.oakwoodasia.com/kualalumpur/
Facebook: www.facebook.com/OakwoodKualaLumpur/
Instagram: @oakwoodkualalumpur
4 828 PinKy PinKo say Hi!
Sedapnyaa, tgk gambar pun dah telan ailio pepagi ni .hihhi
ReplyDeleteAlaaaa Diya....kenapa sedap sgt walau gambar je Diya tayang ni...akak dh la tgh diet....huwaaaaa...nak jugakkkk...
ReplyDeleteOmg, terliurnya tengok especially part desert tu. Nyummmmmss! Sesuai jadi venue untuk birthday party ni. Cool!
ReplyDeletetgk gambar pun dh terliur..
ReplyDeletePlease have some respect and be courteous when you comment in my blog =)
Thanks peeps!