­
Pinky Momma

Followers

Review: Staycation di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur

8:00:00 AM

Cuti Deepavali yang lepas kak fink dan family bercadang nak staycation di hotel yang terletak di Kuala Lumpur jer..Yer lah nak pergi jauh jauh, papa dia tak dapat nak cuti lama. Kebetulan birthday kak fink hari tu tak celebrate lagi. Ok la jom kita happykan anak anak dengan satu staycation yang tak makan masa yang lama dan perjalanan yang jauh..

So kami pun decide nak check-in Oakwood Hotel & Residence yang terletak betul betul di Jalan Ampang. Landmark hotel ni bersebelahan jer dengan Ampwalk. Nak pergi KLCC dekat jer. Nak pergi Ampang Park lagi lah dekat.. Car park dekat sini free jer. Korang hanya perlu ambil resit dekat entrance car park tu dan bila nak keluar, kena pergi lobby hotel untuk dapatkan parking card ..



Dari segi safety, sama juga macam hotel hotel lain hanya mereka yang mempunyai kad bilik jer boleh ke tingkat tersebut. Kalau tak ada kad, maknanya korang memang tak kan dapat naik ke atas..Macam hari tu bilik kami di tingkat 19. Rasa nya tingkat kedua teratas hahahahaha. Memang puas hati boleh nampak view dari tingkat yang tinggi ni..


Bilik hotel kami di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur adalah bilik One Bedroom Deluxe Apartment. Luas sangat untuk kami yang ada 4 orang anak ni..Kalau pergi bercuti di hotel memang aku akan prefer bilik yang luas untuk anak anak. Nak nak pula yang menyediakan kemudahan 2 TV ni, lagi lah aku suka. Tak bergaduh dengan anak ahahahaha..



Masa masuk bilik ni, anak anak dah teruja bila tengok ada buah dekat atas meja dan yang penting ada coklat yang sangat sedap menanti ketibaan kami. Alaa sweet sangat lah pihak pengurusan Oakwood Hotel & Residence ni. Anak anak lah yang paling happy sekali masa ni. Mana tak nya, ada pemanis mulut kegemaran disediakan..



Untuk bilik One Bedroom Deluxe Apartment di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur ni, ada meja makan dan kitchen cabinet untuk korang gunakan. Lengkap dengan pinggan, sudu, gelas, jug kettle dan semestinya ada peti ais juga disediakan dalam bilik ni..



Yang ni kami dapat katil king. Ada juga bilik One Bedroom Deluxe Apartment dengan double beds. Hari tu aku cuba request king bed. Memang rezeki masa tu, katil king masih ada bilik yang kosong lagi..Dekat bilik ni ada satu lagi TV disediakan ya..


Malam tu memang semua tidur lena. Katil dan tilam empuk sangat sangat. Huwaa rasa nak repeat lagi lah stay di hotel ni..Kebersihan di bilik paling aku puas hati..Serius bersih..



Lagi satu yang aku suka adalah bilik air di hotel ni. Mana tak nya, bukan hanya bilik yang luas tapi bilik air nya pun agak luas. Tak sempit langsung ya..Yang penting aku tak ada masalah dengan tekanan air yang rendah sebab memang tekanan air untuk bilik kiteorang ni laju..Love sangat bilik air dia..



Tak perlu la bawa segala berus gigi tu semua dari rumah. Jangan risau, pihak Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur ada sediakan semuanya di sini. Include sekali dengan hairdryer, iron dan juga iron board. All complete. Korang tak perlu nak call dan request ya. Semuanya ada di bilik tersebut..


Malam tu kami dapat mencuba set BBQ Dinner Set yang disediakan di TrEat Restaurant & Bar. Terletak di Ground Floor. Sama level dengan swimming pool ya. Untuk makluman semua, BBQ Set Dinner ni hanya disediakan setiap hari Sabtu malam jer..Seriously korang kena cuba ya. Berbaloi dengan duit yang dikeluarkan..


Untuk BBQ Set Dinner harganya adalah RM180.00 + untuk daging, kambing, ayam, udang, ikan dan juga kentang..Tak dilupakan juga set ni siap ada pemanis mulut..Sebenarnya set ni sesuai untuk 4 orang dewasa. Kami makan hari tu 6 beranak pun tak habis hukhuk. Banyak sangat sangat. Nanti kak fink kongsikan di entry yang seterusnya tentang BBQ Set Dinner ni secara lebih lanjut ya..



Malam tu juga kak fink dapat surprise daripada staff Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur. Tengah tengah nak tunggu pemanis mulut dihidangkan, sekali ramai chef semua keluar bawa kek dan puding roti hahahahaha. Comel nya semua..You guys memang terbaik lah..Serius terkejut sangat masa ni sebab tak de expect apa apa pun..Bila diaorang nyanyi tu terus rasa nak jerit jerit hahaha. Seronok betul!



Alhamdulillah, anak anak dan suami happy dengan dinner yang dihidangkan. Sebagai birthday girl hari tu, aku semestinya lebih happy dari orang lain. Antara kenangan harijadi yang manis untuk dikenang nanti kan. Thanks pada semua yang berpakat surprisekan kak fink malam tu hahahaha..


Pagi tu lepas je anak anak bangun, kiteorang terus ke TrEat Restaurant & Bar untuk sarapan pagi. Buffet untuk breakfast dibuka pada jam 6.30 pagi sehinggalah jam 11.00 pagi. Yang menariknya kedudukan TrEat Restaurant & Bar ni terletak bersebelahan dengan Swimming Pool, so korang boleh pilih nak makan di dalam atau pun di luar sambil sambil tengok anak main di swimming pool..


Dekorasi di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur ni tersangatlah modern. Warna warna yang digunakan juga adalah daripada warna warna yang ceria dan segar..Kalau korang tanya aku, macam mana dengan breakfast yang disediakan? Aku rasa sedap. Walaupun tak banyak sangat pilihan tapi setiap hidangan makanan yang disajikan sangat menarik dan kena dengan tekak kak fink..


Macam biasa, ada bahagian untuk air panas dan untuk yang suka kan jus juga disediakan ya. Pilih jer la ikut selera korang. Cereal ataupun bijiran untuk anak anak juga disediakan ya..Tapi hari tu, aku lagi ambil breakfast yang berat sikit ahhaahahha..


Ni antara yang menu yang disajikan pada pagi tersebut. Sambal tumis dia sedap. Yang penting ada omelette. Paling aku suka untuk sarapan di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur ni adalah omelette dan juga pastry..Sedapp yang amat pastry dia ya. Lembuttt jer..




Yogurt pun ada. Original ada, strawberry ada dan juga manggo pun ada..


Pilihan kak fink pada hari tu hikhik. Pastry dia memang terbaik wak. Dua kali aku repeat ambil pastry yang disediakan..Ada banyak juga pilihan pastry yang ada untuk breakfast buffet di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur ni..


Masa tengah makan tu, adik ni datang pula nak bagi pastry. Macam tetahu jer kita nak tambah kan hahahaha..Staff di sini bagus bagus. Kaya dengan senyuman dan mesra alam..So far dari proses aku check-in sampai lah aku check-out memang puas hati dengan layanan tu..



Anak anak memang tak sabar nak habiskan sarapan sebab dari semalamnya lagi dah ajak nak mandi swimming pool ahahahaha. Tak faham lah. Budak budak memang suka sangat mandi dekat swimming pool kan. Swimming pool di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur ni dibuka sehingga 9.00 malam tau..


Ada 2 kolam yang disediakan. Satu untuk dewasa yang sedikit dalam dan ada satu lagi kolam untuk kanak kanak. Untuk kolam kanak kanak ni hanya sedalam 0.6 meter sahaja. Memang selamat lah untuk anak anak bermain. Dan yang menariknya, di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur ada sediakan bean bag untuk parents duduk dan pantau anak anak masa mandi tu..



Tengoklah papa dia tu kemain santai sangat ni. Mentang mentang lah anak depan mata je kan. Akhirnya percutian yang menyeronokkan dan tidak memenatkan, kami dapat di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur ni. Kalau kata korang mencari tempat untuk staycation yang tak memakan masa yang lama, boleh lah cuba stay dekat sini ya..



Dan semestinya ucapan daripada General Manager Oakwood Hotel  & Residence sangat buat hati kak fink berbunga bunga. Thanks Mr. Bennet and Ms. Carol. Kami sangat sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Bilik bersih dan luas. Harapnya kami berpeluang untuk mencuba bilik bilik yang lain pada masa akan datang..Out of 10, kak fink bagi 9 bintang. Puas hati dan highly reccomended.


Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur
Alamat: 222, Jalan Ampang, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur
Telefon: +603-2720 3888

Instagram: @oakwoodkualalumpur

kalau korang rasa nak buat surprise untuk yang tersayang
boleh la cuba staycation di sini ya..



You Might Also Like

1 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Luasnya bilik! Ada pool tu plg best utk anak anak kan. boleh laa masuk list utk staycation dkt dkt

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!