Hypershoe KIP Mall: Cawangan Baru di Bangi Dengan Pelbagai Pilihan Kasut Yang Berpatutan
10:24:00 PM
Siapa jer yang tak suka dengan kasut kan? Untuk kak fink, kalau korang tanya, yer memang aku suka sangat beli kasut ahahahah..Tak tahu lah kenapa. Tapi memang tak boleh tengok kedai kasut, mesti nak masuk dan tengok tengok. Kadang tak plan pun nak beli tapi bila dah letak dekat kaki, eh cantik pula kasut ni..
Dan kebetulan hari tu, ada pembukaan kedai kasut Hypershoe ni di KIP Mall Bangi, tengok kawan kawan pergi rasa nak pergi juga haaa..Hypershoe ni banyak cawangan. Termasuk dekat KIP Mall ni dah 32 cawangan Hypershoe ni..Maklumlah dari tahun 1996. Lama kan..Yang aku suka Hypershoe ni semestinya harga dia yang mampu poket tu. Pilihan pun banyak juga dekat sini..
Bukan tu jer, kasut sukan pun ada juga..Untuk lelaki ada. Untuk wanita pun ada. Cari jenama MP Sport ok..Kalau kata korang mencari kasut sukan pada harga yang berpatutan, datang je lah mana mana cawangan Hypershoe ni..Boleh check dekat website dia ya untuk senarai cawangan yang berdekatan. Nanti aku kongsikan di bawah entry ni link website Hypershoe ya..
Antara pelbagai pilihan kasut lelaki. Daripada sandal, kasut bertali, kasut pejabat dan juga kasut untuk santai santai semuanya ada di sini..Boleh cari jenama Mix Point ya..Corak dia pun mengikut peredaran zaman..Banyak juga yang berkenan ni..Tu baru kasut lelaki. Belum lagi kasut wanita yang mampu buat aku rambang mata nak pilih..
Kasut kanak kanak dari jenama MP Kids di Hypershoe pun tak nak kalah wak. Amboi kemain budak budak zaman sekarang eh. Dah gaya macam kasut orang dewasa juga haa. Siap ada boot! Ok mak dah tau dah mana nak cari kasut raya tahun depan ahahahaha..Nampak tak perancangan tu penting. Buat apa beli yang mahal sedangkan ada yang murah wak. Kaki diaorang kan cepat membesar..
Untuk yang mencari kasut sekolah atau beg sekolah, dekat Hypershoe pun ada..Kan senang kan nak pilih. Semua bawah satu bumbung. Beg sekolah dia pun cantik cantik hari tu aku tengok. Macam macam jenis ada.. Harga tak sama. Ikut corak dan saiz beg sekolah tersebut..
Ok ni part yang paling aku suka nak kongsikan dengan korang. Ni antara pilihan kasut wanita yang ada di Hypershoe. Korang pergi la cawangan Hypershoe di Bangi ni. Lagi banyak pilihan tau. Maklum cawangan baru kan. Stok tu insyaAllah banyak lagi..Kalau kasut wanita di Hypershoe ni aku suka yang jenama Vetini..
Yang suka kan kasut tinggi, ni antara corak yang ada. Untuk aku, aku tak suka yang tinggi sangat. Tapi aku suka jenis wedges. Selesaaaa. Jenama Vetini ni memang banyak pilihan tau. Kak fink kongsikan antara yang menjadi pilihan di Hypershoe ni ya..Mana lah tahu citarasa kita pun tersama kan ahahahahaha..
Aku tak tahu lah yang aku suka semuanya mesti nak ada manik manik ahahahahaha..Atas bawah ni aku suka. Sandal yang ada di Hypershoe ni pun banyak yang aku berkenan tapi hari tu rasa macam nak pilih wedges hikhik..Agak agak korang aku pilih yang mana? Haa jom scroll bawah lagi untuk melihat pilihan hati hari tu..
Taraaaa! Pilih warna hitam laaa sebab hitam senang nak match dengan semua baju kan..Yang penting, walaupun ianya wedges tapi selesaaaa yang amat masa sarung dekat kaki. Percaya tak kalau aku cakap wedges dia ringan. Yer ada setengah wedges berat kan? Yang ni lembut dan ringan..Ok terus minta saiz 9. Dapat!
Hypershoe KIP Mall, Bangi
Alamat: Lot M - 02, M - 03, M - 04, M - 05, G - 05 / 2,
KIP Mall Bangi, No. 1, Jalan Medan Bangi, Off Persiaran Kemajuan,
KIP Mall Bangi, No. 1, Jalan Medan Bangi, Off Persiaran Kemajuan,
Seksyen 6, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.
Lokasi Kedai: www.hypershoe.com.my/outlet-locations
1 828 PinKy PinKo say Hi!
Lawa yg Diya pilih tu, taste kita sama laa ehh
ReplyDeletePlease have some respect and be courteous when you comment in my blog =)
Thanks peeps!