HyppTv Menyambut Kemeriahan Deepavali Bersama Kanak Kanak dari Agathians Shelter
1:52:00 PM
Hari tu kak fink seronok bila dijemput dan dapat bawa kembar untuk ke Signature, GSC The Garden bagi sama sama meraikan 20 orang kanak kanak daripada Rumah Kebajikan Agathians Shelter untuk menyaksikan satu tayangan istimewa Cars 3. Majlis ini dianjurkan oleh HyppTV sebagai sebahagian aktiviti kemasyarakatan mereka sempena sambutan perayaan Deepavali..
HyppTV adalah perkhidmatan penstriman TV & Video TM telah menerima anugerah dan ianya boleh dinikmati menerusi pelbagai platform di Malaysia. Aktiviti ini turut merangkumi kempen sumbangan bagi mengumpul dana dan mengumpulkan barangan asas untuk Rumah Kebajikan Agathians Shelter. Sebahagian daripada sumbangan ini telah dikumpulkan melalui tabung sumbangan yang telah diadakan baru baru ini di lobi Menara TM daripada Warga Keluarga TM dan orang ramai.
Menurut Encik Jeremy Kung yang merupakan Naib Presiden Eksekutif New Media TM, "Deepavali merupakan satu daripada festival yang amat penting buat komuniti India dan ini merupakan peluang terbaik untuk meluangkan masa yang berkualiti dan merapatkan perhubungan ahli keluarga bersama insan tercinta sambil kita meraikan permulaan baharu. Dengan itu, HyppTV ingin membawa keceriaan dan cahaya buat kanak-kanak dari Agathians Shelter sempena perayaan Deepavali ini dengan pelbagai sumbangan serta acara tontonan filem istimewa ini.”
Sempena Deepavali ini juga, HyppTV akan memberikan tayangan secara percuma selama 15 hari untuk kesemua saluaran di Varnam Pack ketika di mana-mana sahaja mahupun menerusi aplikasi mudah alih Hypp TV Everywhere. HyppTV Varnam Pack menawarkan program-program hiburan berbahasa Tamil dan Hindi yang menarik dengan menayangkan filem blockbuster, program menarik dan banyak lagi dengan nilai hebat pada harga serendah RM30 sebulan.
Tayangan ini bermula dari 14 - 29 Oktober 2017. Untuk pengetahuan semua, sepanjang 15 hari tempoh promosi ini, HyppTV akan menayangkan pelbagai hiburan dan para penonton berpeluang untuk menyaksikan filem filem dan siri siri terbaharu ini di saluran-saluran seperti di bawah ni ya. Mana lah tahu ada juga siri kegemaran korang kan..
Encik Jeremy Kung juga turut menyerahkan sumbangan wang tunai dan baucar
membeli-belah bernilai RM7,000 kepada Cik Inthira, sukarelawan
perancangan pendidikan dan wakil Agathians Shelter. Untuk pengetahuan
semua, Agathians Shelter merupakan sebuah badan kebajikan yang
didaftarkan di bawah nama Pertubuhan Kebajikan Agathians Malaysia,
bertempat di Petaling Jaya.
Rumah kebajikan ini menempatkan seramai 10 orang penjaga bersama 33 orang kanak kanak lelaki yang merupakan anak-anak yatim, terbuang mahupun daripada keluarga yang mempunyai masalah berusia dalam lingkungan 5 hingga 20 tahun. Institusi ini bermatlamat memberikan perlindungan, makanan, pendidikan, jagaan, perhatian dan kasih sayang yang merupakan keperluan asas untuk tumbesaran kanak-kanak.
Wesbite: www.tm.com.my/hypptv
Facebook: www.facebook.com/hyppworld
Twitter: www.twitter.com/hypptv
Moga aktiviti seperti ini diteruskan pada masa akan datang
0 828 PinKy PinKo say Hi!
Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)
Thanks peeps!