­
Pinky Momma

Followers

Percutian Murah Di Sri Petaling Kuala Lumpur

8:00:00 AM

Hi korang, sekarang ni ramai jer antara kita yang suka pergi staycation pada hujung minggu ataupun cuti sekolah kan. Kadang tu, bukan nak pergi jauh sangat pun. Dapat pergi dekat dekat pun dah seronok dah. Betul tak? Banyak tau tempat-tempat yang best kat Malaysia ni yang confirm korang tak tahu kewujudannya. Kali ni aku nak sharekan dengan korang percutian yang bajet rendah dalam kotaraya kita iaitu di Sri Petaling, Kuala Lumpur.


Ada satu hotel yang best dan akan jadi good experience untuk korang. Salah satu nya, Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur. Hotel ni betul-betul berada di Sri Petaling di kawasan neighbourhood yang sangat cun. Hanya 2 kilometer sahaja jaraknya dari Stesen LRT Bandar Tasik Selatan atau TBS. Macam yang semua tahu, TBS ni kan menyediakan banyak kemudahan.


Senang cerita korang boleh ke mana sahaja dengan naik public transport termasuklah bas, LRT dan Komuter. Satu lembah klang korang boleh jalan-jalan so tak de lah alasan korang patah kaki nak ke mana mana lepas ni. Tapi nak tahu apa yang lagi best? Ada stesen LRT yang lagi dekat iaitu Stesen LRT Sri Petaling dan Bukit Jalil. Dalam 900m jer kalau nak ke Stesen LRT Sri Petaling so modal dia jalan kaki, payung atau topi. Senang kan..


Servis di Hotel Sri Petaling ni bagi aku memang tiptop, dari receptionist dia hinggalah ke room service. Kalau tak percaya korang boleh cek review dari orang yang pernah stay sana. Kenapa aku nak kongsikan pasal hotel dekat KL ni? Yela bukan semua orang nak bercuti di luar KL, ada juga yang dari luar KL nak merasa juga bercuti di dalam KL. Especially kepada korang yang ada family yang nak bawak anak-anak tidur di hotel seronok seronok untuk staycation.


Hotel ni ada bilik Superior Twin Room yang leh muatkan 2 orang dan Superior Family Room yang boleh muatkan 4 orang. Dalam bilik confirm-confirm ada TV so takdelah boring untuk orang zaman sekarang kan yang mesti kena tengok TV kot-kot ada berita terkini yang mendebarkan ke. Oppss lupa dah ada FB sekarang hahahaha. 



Tapi jangan risau, wifi pun ada, korang takyah risau kalau data telefon korang dah habis. Selain tu, ada shower, fridge kecik, meja dan in-safe box untuk korang letak barang berharga. Yelah dengan zaman ekonomi meleset sekarang, silap-silap barang yang kita letak dalam bilik hotel pun hilang, ni untuk step berjaga-jaga.


Untuk korang yang bawak kereta pulak no worries, parking ada disediakan. Bab makan pulak, kat Hotel Sri Petaling ni ada restoran untuk korang cuba foods diorang. Untuk breakfast, lunch sampailah ke dinner ada pelbagai menu yang diorang boleh sedia kan ya. Kalau rasa muak, berdekatan dengan hotel ni, ada beberapa gerai untuk korang makan. Makan bukanlah satu isu. Nak lepak dalam bilik pun takde hal sebab ada room service. 


Staff di Hotel Sri Petaling ni terdiri dari pelbagai jenis kaum dan secara tak langsung banyak bahasa diaorag boleh communicate dengan guest. Kalau ada kawan korang dari oversea nak datang korang suggest jer hotel ni. Takde masalah macam ayam dengan itik nanti insyaaAllah. Hotel ni juga ada service laundry untuk korang yang nak basuh baju cepat atau dry cleaning.


Kalau tertinggal berus gigi kat rumah korang boleh pergi kedai yang berdekatan, sebab memang ada kedai. Duit cash takde pun tiada masalah sebab ATM pun dekat. Haa senangkan. So apa tunggu-tunggu lagi? Pengalaman bercuti dengan harga yang murah dan berpatutan di dalam KL, book hotel Sri Petaling online on Traveloka sebab akan ada offer yang menarik nanti. Jangan terlepas tauu… Have fun korang..



You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!