­
Pinky Momma

Followers

The Pantheon Malaysia: Tarikan Terbaru Untuk Para Gamers Bermain Permainan Video

8:00:00 AM

Siapa dekat sini peminat permainan video? Dalam erti kata lain, gamers sejati hahahaha..Kak fink percaya mesti ramai gamers dekat sini kan? Haa ada berita baik untuk korang semua. Kak fink sendiri berpeluang ke The Pantheon yang terletak di Tingkat Dua, One Space One City. The Pantheon ni di bina diruang keluasan lebih 10,000 kaki persegi. Haa luas kan?



The Pantheon juga dilengkapi dengan 116 Komputer Peribadi (PC), sebuah Auditorium dan peranti persisian seperti Zon Pengalaman VR, Simulator Perlumbaan, Zon PS4 dan pelbagai tarikan lain lagi di masa akan datang. Pemain yang berkunjung di sini berpeluang untuk bermain dengan jenama jenama terkenal seperti Alienware, Legion, MSI, NVIDIA, Omen, Predator dan Republic of Gamers.


Enam bilik akan dilengkapi dengan enam komputer peribadi dan dalam setiap bilik, jenama jenama peranti permainan yang kak fink nyatakan di atas. Bilik ini bertujuan untuk menyediakan pengalaman 360 kepada peminat jenama tersebut. Disamping itu juga, ianya memberi peluang kepada para pengunjung untuk mencuba produk terbaru jenama itu sebelum pembelian.


Selain pengalaman bermain permainan video yang banyak di sediakan pihak The Pantheon ini, di sini juga disediakan sebuah iCafe Platinum pertama diiktiraf NVIDIA di Malaysia. Yer lah kadang tu, dah seronok bermain, mesti rasa lapar kan dan nak minum minum untuk merehatkan minda sekejap kan. Dekat The Pantheon ni korang dah boleh dapatkannya di bawah 1 bumbung.



Di sini juga, ada sebuah Auditorium yang dibina khas di mana pemain Malaysia boleh menyaksikan pertandingan sama ada di peringkat kelayakan mahupun akhir. The Pantheon sendiri telah menganjurkan pelbagai pertandingan permainan video terkenal. Antaranya seperti Pusingan Kelayakan TML oleh Celcom dan Pusingan Kelayakan NVIDIA GEXT.


Lebih menarik lagi bila korang berdaftar dengan Program Keahlian Eksklusif The Pantheon. Antaranya korang dapat akses percuma di Zon PS4 sekiranya korang membuat pembelian makanan & minuman melebihi RM5.00. Untuk makluman semua, The Pantheon hanya dibuka untuk pelajar yang berusia 12 tahun ke atas sahaja


Untuk mereka yang di bawah umur 12 tahun ke bawah, boleh jer kalau nak masuk. Tapi selepas pukul 10.00 malam dan mesti ditemani oleh ahli keluarga..Pelajar yang memakai uniform sekolah, tidak akan dibenarkan masuk ya. Ini untuk memberikan imej positif kepada pihak The Pantheon yang menyediakan perkhidmatan permainan video..


Apa sahaja majlis boleh diadakan di The Pantheon. Mana lah tahu Kelab Sukan pejabat korang nak ada kan aktiviti kan, boleh lah tinjau tinjau fasiliti yang disediakan pihak The Pantheon ni..Kak fink sediakan senarai harga untuk korang yang tertanya tanya berapa harga untuk bermain di The Pantheon ni kan..


Zon Pengalaman PC: RM5.00 (Sejam)
Zon PC Premium: RM7.00 (Sejam)
Zon Simulator Perlumbaan: RM30.00 (Sejam)
ZON VR: RM50.00 (30 Minit)


Alamat: 
Lot 2-27, The Square @ One City, 
47650 Subang Jaya, Selangor.

Website: www.thepantheon.co
Facebook: www.facebook.com/ThePantheonMY/
Instagram: @thepantheon_my
tempat selesa..tambahan ni tempat baru, memang seronok lah nak lepak



You Might Also Like

1 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!