Followers

M Motel at Meru: Penginapan Yang Berdekatan Dengan MAPS & Lost World of Tambun (LWOT)

4:12:00 PM

Ok kak fink sambung balik dari entry Fun Drive To Ipoh 2017 bersama Selangor Tourism Association hari tu dengan satu entry penginapan yang korang boleh cuba sekiranya korang bercadang nak ke Lost World of Tambun ataupun MAPS yang terletak di Perak ni. Apa yang buat motel ni menarik adalah lokasinya. Lokasi M Motel Meru ni memang sangat strategik. Yang penting parking dia senang. Depan pintu masuk jer haaa..

Selain daripada dekat dengan LOWT dan juga MAPS, lokasi motel ini berdekatan dengan tempat makan dan juga Mydin Mall. Dekat dengan segala jenis kemudahan lah senang cakap. Macam hari tu, aku terlupa nak bawa baju mandi anak anak, so kiteorang singgah je kedai Hari Hari yang ada berdekatan dengan motel ni. Kedai 24 jam macam 7 Eleven tu pun ada dekat sini..Eh nama jer motel tapi fasiliti dan kemudahannya macam hotel wak..


Bilik aku double bed. Kami dapat 2 bilik yang sama. So 2 anak tidur dengan mama dan 2 lagi tidur dengan papa. Ada juga bilik yang connection room. Tapi connection room tak banyak. Kalau kata family korang ramai, kena book awal awal connection room ni. Tapi kalau kata habis bilik tu, boleh jer book bilik yang double bed ni tapi minta sebelah sebelah bilik macam aku ni..Senang kan?



Untuk aku, soal bilik tak jadi masalah sangat janji bilik tu kena bersih! Ya untuk M Motel ni memang tersangatlah bersih. Sampai bilik air aku check ahahahahaha. Puas hati! Bilik air dia memang bersih sangat. Tapi bilik air dia tak disediakan berus dan ubat gigi. Tu korang kena bawa. Hanya shampoo, shower gel dan juga tuala. Korang pun boleh baca review yang baik di Tripadvisor tentang motel ni


Jug kettle dan segala instant coffee, sugar dan juga creamer juga disediakan. Siap ada iron dan iron board ok di setiap bilik. Tak payah korang nak request untuk diaorang hantar. Walaupun ianya motel pada nama tapi tu lah macam aku cakap, kemudahan dia cukup. Bersih dan siap ada tanda arah kiblat lagi..Benda benda penting macam ni memang penting untuk aku..


Bilik air dia. Korang pun sendiri boleh tengok kebersihan tu kan. Ya siap ada heater ya. Air pun laju. Setengah hotel yang aku duduk kadang kadang ada masalah tekanan air yang perlahan. So mandi pun macam tak puas. Macam hotel yang aku review hari tu, toilet pula tersumbat. Haih stress kakak. Nasib M Motel ni tak de masalah macam tu. Semuanya puas hati! Siap ada WiFi tau. Laju betul WiFi dia..



Sempat abang long buat OOTD pose dekat dinding tu. Aku syak owner dia memang suka pink lah  macam aku juga kot ahhahahaha..Dari cat bilik sampai cat di luar memang ada jer warna pink tu hikhik..Kalau korang bercadang nak ke LOWT atau pun MAPS, boleh lah masukkan M Motel ni sebagai salah satu penginapan korang. Bagi aku, selesa dapat, jimat pun dapat.



Alamat: Jalan Meru Utama A2, No. 18 & 20, Ipoh Perak
Google Map: M Motel at Meru
Telefon: 013-4143 488

Terima kasih Selangor Tourism Association untuk keselesaan ini..
Terima kasih juga pada Kak Ana yang beriya iya bagi kiteorang 2 bilik hihi..



You Might Also Like

5 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. bantal pink...fav color diyaa hehe

    ReplyDelete
  2. First time dengar hotel ni, selalu singgah casuarina je.

    Boleh la cuba next time.

    Post Terbaru: 5 Web Hosting Murah Malaysia 2017

    ReplyDelete
  3. Baru buka ye motel ni fink? Kita dah 2x stay area meru/mydin ni tapi tak perasan pula motel ni.

    Next time bole try. Nampak cantik & bersih.

    ReplyDelete
  4. looks like great place to stay.

    follow your blog. :D
    thcorner.blogspot.com

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!