Followers

Fun Drive To Ipoh 2017 Bersama Selangor Tourism Association, Destination Perak & Perak Tourism

11:10:00 AM

Hari Sabtu lepas, kiteorang sekeluarga berpeluang untuk sama sama join satu treasure hunt yang dianjurkan oleh Selangor Tourism Association bersama dengan Destination Perak dan juga Perak Tourism. Kami bermula dari Hotel Goldcourse Klang dan menuju ke Ipoh Perak untuk penamatnya..Sepanjang perjalanan ke sana, memang banyak juga soalan yang perlu dijawab. Ada yang senang dan juga yang mengelirukan


Melalui jalan lama ke Kuala Selangor tanpa melalui lebuhraya, di sana lah segala clue dan tanda arah yang perlu kiteorang lalui dan selesaikan. Antara pit stop pertama yang perlu semua berhenti dan bergambar adalah di hadapan CAM Sendok Group ni. Kami perlu bergambar dengan van terpanjang dengan kapasiti muatan 18 seaters.Woww nya! Dapat 1 best ni kan..Selesa kalau berjalan jauh..

Facebook: Sendok Group

Antara jalan yang kiteorang lalu adalah antara tempat tempat menarik yang ada di Kuala Selangor antaranya Pantai Cermin, De-Palma Eco Resort, Sabak Bernam, Sungai sungai besar yang ada di sekitar sana. Kiteorang juga melalui jalan jalan yang melalui tempat menarik di Perak. Antaranya Kampung Gajah, Seri Iskandar dan pit stop terakhir kami untuk makan tengahari adalah di Batu Gajah


Ni pengalaman pertama dapat memasuki kawasan Kapal Korek Bijih Timah yang terakhir di Malaysia iaitu yang terletak di Batu Gajah Perak. Ini antara tarikan terbaru yang ada di Perak juga ni. Kalau tak kerana join Fun Drive ni mesti tak kan dapat peluang melihat sendiri Kapal Korek Bijih Timah Tanjung Tualang No.5 (TTT5). Besarrrr oii..

DI TTT5 ni, semua peserta diberi masa untuk makan tengah hari yang disediakan hari tu. Nasi ayam untuk setiap seorang beserta dengan air kotak. Surau juga disediakan di sini untuk menunaikan solat. Dapat lah rehat sekejap setelah pening juga menjawab soalan Treasure Hunt tadi hahahaha..Selesai je di TT5, kiteorang di bawa ke Kellies Castle. Siap polis trafik iring lagi ok. Lancar betul perjalanan..

Tanjung Tualang Tin Dredge No.5
Alamat: Kilometer 9, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah, Perak
Telefon: +6014-904 3255



Sampai jer di Kellies Castle, kami tak nak naik pun sampai atas tu. Sekadar ambil gambar kenang kenangan jer. Cuaca hari tu memang panas sangat. Sebelum mood anak cranky lagi, kita jalan jalan di bawah jer lah..Tapi ada juga yang rajin naik ke atas. Ni lah peluang kan dah alang alang sampai situ..Banyak spot gambar menarik bila dah duduk dekat Kellies Castle ni. Ramaii ok pengunjung hari tu..


Dari Kellies Castle, terus kami di bawa check-in ke Hotel M yang terletak di Meru Perak. Malam tu ada dinner dan penyampaian hadiah yang akan diadakan di Lost World of Tambun (LWOT) . Hotel ni memang dekat la dengan LWOT. Dekat juga dengan MAPS yang menjadi salah satu tarikan terbaru di negeri Perak ni..Yang penting kedudukan hotel ni memang strategik. Berdekatan dengan Mydin Mall!


Tempat letak kereta memang percuma jer. Park jer depan hotel. Banyak tempat kosong. Yang penting hotel ni selesa. Hotel baru ok. Untuk family kak fink yang 6 orang ni, kami dapat 2 bilik. 3 orang satu bilik dengan mama. 3 orang lagi satu bilik dengan papa. Tilam dan bantal empuk. Nak apa lagi? Letak kepala jer memang boleh lena..Siap ada bantal pink hikhik.

M Motel at Meru
Alamat: Jalan Meru Utama A2, No. 18 & 20, Ipoh Perak
Google Map: M Motel at Meru
Telefon: 013-4143 488



Nanti kak fink kongsikan secara lebih details tentang hotel ni dalam 1 entry yang lain ya. Mana la tahu korang pun tercari cari hotel dengan harga yang murah tapi selesa kan? Haa tungguuu! Petang tu lepas dah segarkan badan di hotel, semua kena berkumpul dekat di Lost World of Tambun pada jam 6.30 petang untuk sesi penutup Fun Drive To Ipoh 2017..


Wahhh siap ada banner selamat datang lagi kofkofkof..Terharu sangat ni! Yang lagi best bila semua orang dapat tiket untuk mandi dalam kawasan LWOT ni setelah selesai sesi penyampaian hadiah. Budak budak ni memang tak sabar la nak mandi masa ni. LWOT pula tutup jam 11.00 malam. Kiteorang mandi sampai pukul 10.30 ok HAHAHAHAHAHA..Puas hati betul..



Sekarang kan dah masuk bulan Halloween. Jadinya dekorasi memang bertemakan Halloween dari pintu masuk hinggalah di dalam LWOT ni..Bukan reti takut pun budak budak ni ahahahahah..Seronok lagi ada. Ni kalau dapat masuk dari siang, lagi lah melompat lompat ni..Dapat masuk malam pun, lain macam tenaga nya..Tak penat langsung. Pelik betul..


Makan malam yang disediakan untuk peserta peserta Fun Drive To Ipoh 2017 ni memang terbaik der. Puas hati dapat makan Nasi Vanggey haaa. Sedappp terukk! Memang betul betul makan yer nak. Berselera masing masing dinner malam tu. Sedap sedap semua makanan yang dihidangkan pihak LWOT..


Selain nasi vanggey, ada juga mee kari dan rojak buah. Budak budak ni dah kenyang ingatkan nak tidur. Eh silap! Bertenaga terus sebab kiteorang makan ni berhadapan dengan pool HAHAHAHAH. Semua dah tak sabar nak tukar baju masa ni..Tahniah untuk peserta yang memenangi Fun Drive To Ipoh 2017 ni. Kiteorang memang tak menang la sebab dah sesat barat masa dekat Perak tu ahahahha..


Tak reti sejuk! Bertabah jer mama dengan papa tahan mata untuk anak anak have fun. Jumpa pula anak anak kawan yang lebih kurang sama umur jer kan. Lagi lah seronok. Ntah mana mana pergi nya. Nak nak abang long tu. Dia dah pergi pool lain lain. Siap cakap abang long dah berendam dekat air panas mama. Adoiii.. Adik saper nak jaga ni abang long?


Terima kasih Lost World of Tambun untuk peluang ni. Seronok betul anak anak dapat main dekat sini walaupun di malam hari. Syok juga mandi malam sebab tak panas. Kulit tak terbakar ahahhaahha..Terima kasih juga kepada Selangor Tourism Association dan Perak Tourism untuk satu hari yang menyeronokkan. InsyaAllah akan join lagi kalau ada aktiviti macam ni di masa akan datang.

Lost World of Tambun
Alamat: 1, Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak
Telefon: +605-540 8888




Instagram: @selangortourism
Instagram: @destinationperakInstagram: @tourismperak
tak sabar nak repeat LWOT siang hari pula..
next entry kak fink kongsikan tentang hotel tu ya..tunggu!



You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. lost world of tambun nie dah ada dlm wishlist cuma masa je xtau bila boleh pegi hihi

    ReplyDelete
  2. seronoknya. tak pernah lagi pergi lost world of tambun. jelajah perak pun tak pernah sebenarnya. hehhee

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!