Followers

Marilah Bersama Shape to Life Bersama PLAY-DOH Touch!

11:26:00 PM

Play-Doh sekarang ni dah keluarkan set digital pertama yang diberi nama Play-Doh Touch Shape to Life Studio. Permainan  ini perlu dimuat turun aplikasi 'Play-Doh TOUCH' di Google Play Store untuk pengguna-pengguna Android dan 'Play-Doh Shape to Life Studio' untuk pengguna-pengguna iOS.

Kembar happy dan teruja  sangat bila mama bagi set Play-Doh Shape To Life Studio ni.

Play-Doh Shape to Life Studio ni dilengkapi dengan:
• 1 Studio
• 5 character stampers
• 5 action stampers
• 4 tools
• 15 cutters
• 7 cans of Play-Doh Brand Modeling Compound
• Instructions booklet


Anak-anak kak fink memang suka bermain benda-benda yang boleh buat diaorang berfikir tanpa sekatan. Macam-macam bentuk mereka boleh hasilkan daripada set Play-Doh Shape to Life Studio ni.. Dengan cara ni lah ia dapat meluaskan lagi tahap imaginasi anak-anak kan..Comel-comel pula tu ciptaannya hahahahaha..

Pelbagai-bagai bentuk anak-anak buat dengan kompaun Play-Doh..Comel kan? 
Tak sangka mereka pun berbakat juga

Kenapa kak fink pilih Play-Doh? Sebab kak fink suka guna permainan Play-Doh ni sebagai alat pengajaran yang efektif ni untuk tingkatkan Kemahiran Komunikasi, Kemahiran Motor, Kreativiti, dan Deria anak-anak!.

Anak-anak pun dapat pelajari pelbagai warna dan bentuk-bentuk yang di cipta dengan menerokai dunia imaginasi mereka melalui semasa bermain permainan ini. Sambil main anak anak pun dapat belajar kan?

Pizza, cupcake, rainbow cake dan lain-lain yang anak-anak boleh buat dengan kompaun Play-Doh. Mampu buat kita rasa lapar kan hahahaha

Ok lah mesti korang nak tahu macam mana nak main set Play-Doh Shape to Life Studio ni kan? Kak fink kongsikan cara cara bermain seperti di bawah ni ya.
  • CIPTA bentuk dengan menggunakan Play-Doh dan letakkan di atas permukaan putih studio
  • IMBAS ciptaan tadi dengan menggunakan aplikasi Play-Doh 
  • TOUCH (untuk Android) dan lihat ciptaan unik tadi “live” dalam dunia maya
  • MAIN dan berseronok dengan permainan menerusi aplikasi tadi

Abang ngah dan kembar sepakat untuk memilih ciptaan sotongnya untuk memulakan permainan melalui aplikasi Play-Doh TOUCH ni. Setelah aplikasi tadi mengimbas gambar sotong tersebut, gambar sotong tu pun akan hidup di dalam permainan ni hahahahaha..Teruja betul abang ngah dapat tengok sotong dia bergerak-gerak dalam aplikasi tu..Memang seronok tau dapat main permainan digital ni..


Abang ngah yang teruja tengok ciptaan sotongya menjadi hidup dalam smartphone.. Menyenangkan sebab kak fink tak perlu bawa set mainan bila berada di luar. Anak-anak boleh main dengan ciptaannya bila-bila masa dengan menggunakan smartphone ni..


Selain dari Play Doh yang boleh kelihatan hidup dalam smartphone tersebut, anak anak juga boleh mengimbas Action Stampers dan Character Stampers yang disediakan dalam set Play-Doh Touch Shape to Life Studio ni. Terdapat 5 Character Stampers dan 5 Action Stampers untuk anak-anak hidupkan lebih banyak warna-warni di dalam dunia maya tersebut.


Character Stampers berfungsi untuk membuat lebih ramai kawan baru yang akan membuka kunci dunia dan personaliti unik apabila diimbas dalam aplikasi. Manakala Action Stampers pula akan bertindak sebagai bantuan dalam permainan tadi. Contohnya stamper sayap tu, ia akan membolehkannya terbang melalui halangan-halangan dalam permainan tersebut.


Website: www.playdoh.com
Instagram: @playdoh
bukan anak jer suka main dengan aplikasi ini. Mak pun ralit nak main jer..



You Might Also Like

1 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. bagus ada play doh ni kan.. yg tak bestnya akan ada sepah2 sana sikit sini sikit hehe... nnt nak beli utk Zhafran bagi dia explore ;)

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!