Followers

Return To Work Perkeso: Karnival Pekerjaan Yang Menawarkan 2000 Kekosongan Jawatan

2:53:00 PM

Zaman sekarang ni memang susah sangat graduan nak cari kerja kan. Banyak sangat persaingan dan juga keadaan ekonomi kita sekarang ni. Tak seperti dulu, senang. Habis jer belajar dah tak perlu nak menganggur lama. Kadang kadang tu dalam masa sebulan dari tarikh habis belajar, kita dah ditawarkan kerja. Graduan sekarang terpaksa tunggu kadang sampai bertahun tahun baru ada peluang untuk bekerja..

Kak fink faham perasaan korang tu. Sebab aku dulu pun bermula dengan pekerja kontrak jer. Gaji sangat rendah kalau nak dibandingkan dengan kelulusan yang kita ada. Tapi nak buat macam mana, memilih sangat pun tak boleh kan. Kerja je lah kumpul pengalaman dulu. Lama lama baru aku dapat gaji yang setaraf dengan kelulusan yang ada..Pengalaman tu nanti yang sedikit sebanyak membantu korang nanti..


Untuk korang yang masih mengganggur ataupun bercadang nak cari pekerjaan yang lebih baik, apa kata korang cuba ke Karnival Pekerjaan dan Kaunseling Kerjaya yang akan di adakan di Putrajaya Intenational Convention Centre (PICC) pada 9 Oktober 2017 ni bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.00 petang..

Golongan penganggur, orang kuran upaya (OKU), lepasan Universiti dan semua pencari pekerjaan dijemput hadir ke Karnival Pekerjaan dan Kaunseling Kerjaya ini..Yer golongan OKU juga di alu alu kan untuk menyertainya dengan membawa segala sijil sijil yang ada untuk ditemuduga..Mana tahu ini lah tempat untuk korang dapat pekerjaan yang di zaman yang serba mencabar ini..


Contohnya kak fink nak berkongsi kisah mengenai Encik Muhd Aminudin Abdul Muluk ni, beliau telah didiagnosis 'Right Cerebral Vascular Accident with Left Hemiparesis’ selepas jatuh dalam bilik air pada tahun 2010. Akibat daripada kesan jatuh tersebut, percakapan beliau menjadi lemah dan tidak mampu untuk berjalan seperti biasa.

Beliau terpaksa berhenti daripada pekerjaannya ketika itu sebagai Juru Ukur Bahan, dan setelah menghadiri Return To Work Perkeso ini, kini beliau mampu bekerja semula sebagai Petugas Letak Kereta di Hospital KPJ Kuala Lumpur dan sentiasa di pantau kesihatannya dari masa ke semasa. Kalau beliau boleh, mesti korang pun boleh kan. Rezeki ada di mana mana..Janji kita usaha..


Ini bukan scam tau korang. Ini memang satu Karnival Pekerjaan di bawah Perkeso. Ada 2000 kekosongan jawatan yang dibuka untuk orang awam yang hadir nanti. Sebanyak 30 majikan termasuk badan berkanun dan agensi kerajaan yang akan terlibat dalam karnival ini.. So guys bawa korang punya resume, sijil sijil, gambar passport dan segala dokumen penting untuk sesi temuduga terbuka ini


Hubungi: 
03- 4264 5594/ 5373
017-369 0128 / 012-607 6763

hebahkan pada kawan kawan dan keluarga korang ya..
semoga korang dapat pekerjaan yang dicari selama ni..good luck!



You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!