Perarakan Tanglung di Sunway Putra Mall Sempena Mid Autumn Festival
9:30:00 AM
Bersempena dengan Mid Autumn Festival, pihak Sunway Putra Mall telah mengadakan sekali lagi tahun ini perarakan tanglung bersama sama dengan rumah kebajikan yang terpilih iaitu Yayasan Chow Kit dan juga Touching Lives Club Kuala Lumpur & Selangor (TLC). Kak fink sendiri berpeluang untuk bawa anak anak merasai keseronokan perarakan tanglung ni pada malam tersebut. Memang meriah!
Memandangkan ini pengalaman pertama anak anak bermain dengan tanglung, pastinya semua teruja bila dapat pegang tanglung sendiri dan membawanya secara beramai ramai. Empat empat dapat tanglung ikan. Bukan main senyum lebar haaa..Istimewanya di Malaysia ni, kita juga dapat merasai pengalaman meraikan sesuatu sambutan tu kan.
Perarakan tanglung ni bermula dari pintu masuk Sunway Putra Mall hingga lah ke Kenny Hills. Jalan ramai ramai memang tak terasa. Maklumlah masing masing bawa tanglung yang pelbagai bentuk dan saiz. Yang pasti semuanya cantik cantik..Sepanjang Mid Autumn Festival ni ada beberapa bengkel di sediakan antara nya:
- Bengkel membuat kuih bulan
- Bengkel melukis tanglung
- Bengkel membuat tanglung
Pihak Sunway Putra Mall juga telah membuat satu dekorasi dengan tanglung gergasi di ruangan tengah, Main Concourse pasaraya tersebut. Sekali gus, Sunway Putra Mall berjaya mencipta rekod dalam The Malaysia Book of Record untuk The Tallest Lantern Made of Recycle Fabrics. Tanglung gergasi ini mempunyai ukuran tinggi sepanjang 10.54 meter dengan lebar 3.98 meter
Kredit Facebook: www.facebook.com/sunwayputramall
Penyediaan tanglung gergasi ini adalah kerjasama daripada pelajar International University of Malaya Wales (IUMW) dan Kloth Cares. Di bahagian Main Concourse ini juga ada dijual hidangan istimewa seperti kuih bulan dan juga tanglung tanglung cantik daripada Cold Storage, Haagen-Dazs, Breadstory, D'King, Aihana Mooncakes, Wing Heong BBQ Meat, Fai Fong Bakery dan Two Pineapples. Sebanyak 600 tanglung juga diberikan secara percuma kepada para pengunjung untuk sama sama memeriahkan perarakan tanglung pada malam tersebut.
Abang long tu siap dapat cermin mata berlampu. Mana lah lagi tak excited kan. Dia lah orang yang paling tak sabar nak berjalan dengan tanglung ikan tu. Seronok sangat dapat bagi anak rasa pengalaman ni tau. Adalah kenang kenangan diaorang masa kecil nanti. Teringat dulu masa zaman kanak kanak, ayah belikan tanglung untuk kiteorang adik beradik main depan rumah ahahahaha..Sekarang ni, giliran aku pula berikan pengalaman tu untuk anak anak..
Kredit Facebook: www.facebook.com/sunwayputramall
Sebelum perarakan tanglung bermula, satu persembahan tarian naga diadakan di hadapan pintu masuk Sunway Putra Mall. Masa ni memang meriah. Semua berkumpul ramai ramai di sini. Termasuk dengan anak anak dari rumah kebajikan yang dijemput. Kembar tak bergerak depan tu bila dapat tengok tarian naga ni ahhahahaha..
Kredit Facebook: www.facebook.com/sunwayputramall
Pari pari cantik yang dah bersedia untuk menyertai perarakan tanglung pada tahun ini. Lengkap dengan costume yang cantik cantik kan..Lebih menjadikan perarakan tanglung ni lebih bermakna apabila Pengurus Besar Sunway Putra Mall, Ms Phang dan Dato' Tan Choo Teck yang merupakan Naib Presiden Touching Lives Club Kuala Lumpur & Selangor (TLC) sama sama turut serta menyertai perarakan ini. Sporting sangat boss ni..
Terima kasih Sunway Putra Mall beri kami sekeluarga peluang untuk merasai pengalaman menyertai perarakan tanglung ni. Pastinya pengalaman yang tak dapat dilupakan anak anak. Tahniah diatas rekod baru yang dicipta dalam The Malaysia Book of Record. Tak sangka hari tu, bukan hanya kaum cina sahaja yang ada tapi turut sama memeriahkan adalah dari kaum melayu dan juga india..So harmony..1 Malaysia sangat..
Website: www.sunwayputramall.com
Facebook : www.facebook.com/sunwayputramall
Instagram: @sunwayputramall
Facebook : www.facebook.com/sunwayputramall
Instagram: @sunwayputramall
kuih bulan durian dekat Sunway Putra Mall tu sedapppp yakmat!
1 828 PinKy PinKo say Hi!
Wahhh....menarik... seronok tengok anak-anak kak fink happy
ReplyDeletePlease have some respect and be courteous when you comment in my blog =)
Thanks peeps!