Followers

Best Western I-City Hotel: Buffet Ramadan Yang Menyediakan Durian Setiap Hari

9:57:00 AM

Kita teruja wak masa dapat invitation dari Best Western I-City Shah Alam ni. Terus pergi sebab nampak ada durian disediakan. Menurut Chef hari tu, durian ni akan ada sepanjang Ramadan ya dan dibuka selepas waktu maghrib dalam pukul 8.30 malam ke atas..Kalau buka awal awal nanti korang tak nak makan pula makanan lain kan hahahaha..Lepas lepas maghrib tu baru duduk luar ni dan layan makan durian ok..


Untuk Buffet Ramadan yang ada di Best Western I-City Shah Alam ni ada 2 bahagian. Satu di bahagian dalam dan satu lagi di bahagian luar. Boleh pilih nak duduk dekat mana. Kalau rasa nak sejuk sejuk, boleh pilih di bahagian dalam tapi kalau nak duduk di bawah bintang bintang sambil layan angin malam, boleh jer pilih bahagian luar ya..Ada di sediakan kerusi dan meja juga..


Yang minat dengan Sup Gear Box pun ada di sini juga..Panas panas dari kawah besar tu. Mana lah tahu ada yang terliur nak makan Sup Gear Box bulan bulan puasa nanti kan. Besar besar haaa dalam kawah tu..Ni kalau husband kita tengok wak, memang sini lah yang dia tuju dulu..


Sempat lah kak fink berborak dengan Head of Chef hari tu, apa signature menu yang ada di Best Western I-City Shah Alam ni sepanjang Ramadan nanti. Chef cakap salah satunya adalah Kari Kepala Ikan ni. Amboi besar besar haaa kepala ikan dia wak. Memang dalam tu semua kepala ikan..Tak jumpa bahagian lain..Aku macam was was juga masa nak ambil kepala ikan tu sebab besar, boleh ke makan sorang kan ahahahaha..Last last share makan dengan Aini..


Selain tu di sini ada 13 jenis sambal dari serata negeri di sediakan untuk korang cuba. Yang mana rindukan lauk pauk kampung, haaa boleh cari dekat Best Western I-City Shah Alam..Sambal hitam ada, Sambal Hijau ada, Sambal Tempoyak ada dan banyak lagi sambal sambal lain yang korang rasa susah nak cari dekat luar, boleh rasa dekat sini..


Ni antara lauk pauk yang ada sepanjang Buffet Ramadan di sini nanti..Paling aku suka udang dia..Sedapppp..Telur masak lemak tu pun sedap juga..Rendang tok tu pun aku suka juga ahahahaha.. Adoi susah kan food lover ni..Tapi kalau pergi buffet, aku suka ratah lauk jer..Kalau makan nasi takut tercepat kenyang..Rugi lah tak boleh makan banyak nanti hihi..


Nahhh Rojak Tonggek pun ada..Ya Allah terliur betul tengok hari tu tapi tak sempat rasa rojak ni sebab perut dah kenyang sangat..Rasa macam dekat utara pula. Dah la chef letak sebelah dengan Kari Kepala Ikan tadi..


Yang cari kambing bakar tu jangan risau..Mestilah ada di bahagian luar ni. Siap ada sotong bakar, ikan bakar, pari bakar, ayam bakar dan daging bakar semua ada..Tapi macam biasalah tempat bakar bakar ni memang selalu hot spot. Kena cepat ok..Macam hari tu aku tunggu satay, 3 kali pergi baru dapat rasa hahahaha..Ramai suka satay ke apeni..


Rangka ayam pun adaaa! Apa yang kak fink perasan, menu menu dekat sini menu menu yang kak fink suka makan masa zaman kecik kecik lagi..Bak kata chef memang Best Western I-City Shah Alam ingin memberikan citarasa 'tradisitional' pada Ramadan kali ni..Mana lah tahu ramai yang rindukan menu menu zaman childhood dulu kan..


Selain tu, ada 13 laksa dari serata negeri di Malaysia pun ada dekat sini tau. Eh kita first time rasa laksa dari negeri sembilan, melaka, pahang dan banyak lagi negeri yang ada tu. Selama ni biasa rasa laksa penang dan laksa johor je hikhik. Korang kalau nak rasa kepelbagaian laksa yang ada, boleh lah datang sini masa Ramadan nanti..


Hari tu kiteorang duduk betul betul sebelah dessert corner..Selain kek yang macam macam rasa ni, ada juga kuih kuih tradisional disajikan untuk Buffet Ramadan tahun ni..Sagu ada, buah melaka ada, puding karamel ada dan tapai pun ada..Nak tengok lebih lagi, korang kena lah datang bawa family ke sini untuk lepaskan rindu dengan menu dari kampung..




Haaaa ni paling kak fink sukaaaa...Adoi lama nya tak makan aiskrim 1 Malaysia ni. Dah la ada macam macam perisa hari tu..Eh bukan senang tau nak buat aiskrim ni. Kena pandai ikat, kalau tak pandai ikat nanti dia akan jadi leper dan kendur plastik tu..Kalau pandai ikat, baru dia jadi gemok gemok macam ni..Chef cakap sampai bengkak bengkak tangan nak ikat hahahahahaha..


Aiskrim dan tempat Air Batu Campur ni sebelah sebelah jer..Cendol pun ada. Mana tahu korang nak makan ABC dengan durian kan, boleh je wak. Tapi kalau nak makan dengan durian, kena tunggu pukul 8.30 malam ke atas lah..Hari tu aku makan ABC dengan aiskrim coklat jer..Kita tak sabar nak tunggu durian, tekak dah meminta minta nak rasa ABC hikhik..


Yang nak air sejuk ataupun air panas ada jer dekat bahagian luar ni. Nak air kosong pun ada. Ikutlah tekak nak rasa air yang mana ya..Bulan puasa nanti, tempat air ni tempat yang paling ramai orang beratur nanti ahahahaha..Paling kak fink suka, air mata kuching dia..Siap ada buah mata kuching lagi untuk kita makan..

Untuk yang berminat nak cuba Buffet Ramadan yang ada di Best Western I-City Shah Alam ni, korang boleh grab harga early bird sehingga 31 May 2017 ni..Buffet Ramadan bermula pada 2 Jun sehingga 23 June 2017 ya..Dari Jam 7.00 malam sehingga 10.00 malam. Harga buffet ramadan kak fink kongsikan seperti di bawah:

Early Bird (sah sehingga 31 Mei 2017) : RM78.00 nett per pax [Dewasa]
Normal Price: RM98.00 nett per pax [Dewasa]
Normal Price: RM49.00 nett per pax [Kanak Kanak 12 Tahun ke atas]
Normal Price: RM49.00 nett per pax [Warga Emas 55 Tahun ke atas]


Telefon: 03-5521 9000
Alamat: No.6 Persiaran Multimedia, City Park I-City Shah Alam 
Instagram: @bwicity

hotel ni terletak dalam kawasan shop lot..ke belakang sikit..



You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. wah meriah tgk menu2...sup gearbox tu beso btul...hah pencinta durian mesti tk lpskan peluang ni kn

    ReplyDelete
  2. tengok gambar makanan semua sedap2..nak2 durian tu

    ReplyDelete
  3. wow banyak nyer makanan .. meriah !

    ReplyDelete
  4. Wahh best tu.mujur dok jauh.huhu

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!