­
Pinky Momma

Followers

Hui Lau Shan (HLS): Rantaian Pencuci Mulut Hong Kong Terbesar di Malaysia

5:56:00 AM

Hari ni kak fink nak kongsikan dengan korang antara rantaian pencuci mulut Hong Kong terbesar di Malaysia, iaitu Hui Lau Shan (HLS) yang juga merupakan pakar pereka pencuci mulut & mangga. "HLS" mewakili misi pada "Kesihatan, Kenyamanan dan Gaya". 

Hui Lau Shan (HLS) tidak pernah berkompromi dengan kualiti bahan telah berjaya memenangi Anugerah Jenama Terbaik PKS Jenama Laureate untuk F & B-The Best Dessert Brand 2013 dan juga Kitchen Central of HLS yang telah diperakui oleh JAKIM sebagai HALAL.


Dari teh herba tradisional hingga pencuci mulut buah-buahan segar, kesihatan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan mereka. Sebagai peneraju pasaran, Hui Lau Shan (HLS) terus meneroka dan mencipta produk baru. Setiap daripada produk tersebut dihasilkan dengan cara yang unik. Untuk pengetahuan semua, produk HLS Style semuanya mengandungi makanan yang menggunakan bahan-bahan segar dengan NO PRESERVATIVES, sejajar dengan hala tuju syarikat mereka untuk menyediakan makanan yang sihat.



November ini, Hui Lau Shan Malaysia telah melancarkan menu minuman baru dengan memperkenalkan Susu Kelapa Salut, Fruity Gotcha & Grab Dessert. Menu-menu baru ini boleh didapati di seluruh negara di  cawangan Hui Lau Shan Malaysia & Mango Cottage.


Korang pernah cuba tak topping santan masin di atas buah-buahan atau teh segar? Ataupun goji hitam dan Rosemary Gotcha? Tu belum lagi masakan pencuci mulut mereka, Mango Sago yang kini boleh dimakan dengan penuh kelazatan. Jangan terlepas keseronokan dengan menikmati minuman baru sekarang! Nanti kak fink kongsikan yang mana satu yang menjadi pilihan tekak kak fink dalam entry akan datang ya. Tunggu tau..



Hui Lau Shan Malaysia

Mango Cottage oleh Hui Lau Shan Fan Page
Facebook: www.facebook.com/mangocottagehls
Instagram: @mangocottagehls



You Might Also Like

1 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. aduh nad ooii... baca tajuk pencuci mulut tu dok ingt kan lesterine..

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!