Hidangan Nasi Arab Yang Terkenal di Hadramawt Kitchen
8:50:00 AM
Pertama kali sebenarnya makan di Hadramawt Kitchen. Sebelum ni pernah cuba makan nasi arab di tempat lain. Tapi di Hadramawt ni memang pertama kali untuk kami anak beranak. Cantik juga tempat ni. Lokasi ni tak serabut dan memang sesuai untuk korang yang cari tempat makan dengan suasana yang sedikit privasi..Hadramawt Kitchen untuk cawangan ni terletak di Wangsa Maju..
Berdepan je dengan pasara AEON tapi ianya terletak di luar tau..Tepi jalan jer. Mula mula aku ingat dalam kawasan pasaraya AEON tu tapi rupanya tak..Memang terasa suasana arab tu. Dekorasi pun cantik..Ni baru bahagian luar..Belum dalam lagi..Korang boleh pilih nak makan di luar ataupun dalam..Nak lebih privasi, ada bilik untuk korang book dengan pihak Hawdramawt ni..
Disebabkan ni pertama kali kan, nak tengok juga apa dia menu dan signature dish yang ada di sini kan. Yang pastinya mestilah nak rasa nasi arab. Orang kata tu menu wajib kalau kita makan di restoran arab ni..Aku suka nasi arab tu bila ayam atau kambing yang kita makan tu lembutttt yang amat..Gauh dengan sos dia tu perghhh, sempurna betul rasa dia kan..
Ni air kurma dan iced lemon tea..Air kurma tu pertama kali juga aku rasa. Ada rasa masam dan manis. Pekat juga rasa air tu..Kalau korang tak pernah rasa lagi, boleh lah cuba pesan air tu nanti. Tapi kalau tak suka rasa manis, boleh je order iced lemon tea. Aku suka minum air masam masam sikit.
Yang kiteorang makan ni set Mandy Ayam dan Kambing. Allahu banyak yang amat wak dia punya hidangan tu. Abang long dan abang ngah memang suka sangat dengan kambing, jadi diaorang lah yang habiskan bahagian kambing tu. Mama boleh fokus dengan ayam yang lembut tu huhu sebab mama diaorang memang tak makan kambing..
Dihidangkan bersama dengan salad dan juga kuah beserta sos untuk korang dapatkan rasa Nasi Mandy yang sempurna tadi. Masa ni kan, abang long tu baru je baik berkhatan tapi gigih nak makan nasi arab kan. Yer la mari makan nak. Tapi aku risau juga nak bagi dia makan kambing banyak sangat sebab baru jer berkhatan. Alhamdulillah so far ok je dia. Tak ada gatal gatal pun..
Budak kembar tu pun sibuk nak makan sendiri..Suka agaknya dia dapat makan ayam tu. Senang nak makan sebab lembut sangat hikhik..Kalau korang belum pernah ke Hadramawt Kitchen, nanti boleh lah ke sana untuk cuba pelbagai hidangan arab yang korang teringin sangat nak cuba tu tau..
Ramai tak..Ooo aku bukan pergi dengan family je hari tu..Tapi ada beberapa kawan lain yang ikut sama juga..Barulah seronok makan ramai ramai macam ni kan. Terasa ada keluarga yang besar..Dalam 6 ke 7 buah keluarga tak silap masa ni.
Haaa besar ke tidak? Terkejut kita wak masa dia bawa keluar roti ni. Kemain besar betul kejadian dia. Anak anak lah paling suka makan roti ni. Makan sajer gitu pun sedap. Ranguppp.. Macam roti canai tu tapi tak berminyak sebab dia dibakar rasanya. Kalau tak silap, nama dia Maulawah. Dimakan dengan kuah kambing. Korang boleh pilih saiz dia. Nak besar ataupun kecil..
Ni lah kuah yang dimakan dengan roti tadi. Ada hirisan kambing dalam tu. Kuah tu memang pekat. Makan roti ni sajer pun dah kenyang. Kembar tak makan dengan kuah..Diaorang makan roti jer. Makan panas panas tu yang buat rasa roti tadi lebih sedap..
Pencuci mulut kami pada hari tu adalah Khounafa. Dia rasa manis manis lemak sikit sebab atas tu cheese tau. Bila tarik tarik dah macam pizza tapi version manis lah..Nasib lah rasa cheese tu dapat seimbangkan rasa manis tadi. Aku memang jenis tak suka makanan yang manis manis sangat tapi yang ni ok.
Untuk anak anak, kiteorang pilih aiskrim. Diaorang lebih tertarik dengan aiskrim tu berbanding Khounafa tadi. Budak budak kan. Kalau ada aiskrim, mesti dia akan pilih aiskrim dulu. Trust me, masa ni perut dah rasa terik sangat sangat. Makan Nasi Mandy tadi pun dah kenyang. Ini kan pula sambung makan menu menu lain yang ada..
Last but not least, kiteorang dapat rasa Teh Arab ni. Boleh pilih yang ada susu ataupun jenis yang kosong macam Teh O tu..Rasa dia macam pahit pahit sikit haha. Teh ubat katanya..Abang long mula mula dia ingat teh tarik, sekali rasa eh kenapa pahit ni mama haha..Pengalaman kan? Tak rasa, tak tahu..
Kalau korang berminat dan memang teringin nak bawa keluarga untuk makan hidangan arab, boleh la ke Hadramawt Kitchen ni..Kak fink kongsikan details seperti di bawah ni ya..Ada banyak menu lagi sebenarnya tau. Ni aku kongsikan apa yang kami rasa hari tu. Tak boleh nak makan banyak lagi wak sebab hidangan arab ni dihidangkan dalam hidangan yang besar..Kena share..Kalau tak, letih nak habis kan..
Hadramawt Kitchen
( Cawangan Wangsa Maju)
( Cawangan Wangsa Maju)
Alamat: Suite G8, Wangsa 11B, No.6 Jalan Wangsa Delima, 53300 Wangsa Maju
Telefon: 03-4141 9841
Website: www.hadramawt-kitchen.my
6 828 PinKy PinKo say Hi!
Sally mmg suka makan kat Hadramawt..sebab fav kat Lamb Mandy..selalu jengah yg kat Jalan Ampang tu, ni ada yg baru bukak pulak kat Wangsa Maju eh? Ganti kedai makanan Thai tu ke?
ReplyDeletewahhh.. fav dilah ni nasi arab kak diya... roti cicah kuah daging tu pun sedap.. selalu order set mcm tu kalau makan restoren nasi arab.. mengiurkan sungguhhh.. hehe
ReplyDeleteLama tak ber-arab ni..
ReplyDeletesedapnyer..terliur tgk...dah nak thari ni cam nak kene cari nasik arab jer..ekeke
ReplyDeleteLeYa dah try 2 restorsn hadramawt ni di Cyberjaya dan Melaka... memang sangat sedap pun hidangan die... okay..nnti boleh try di wangsa maju pulak..hehehe..
ReplyDeletebesarnya roti tu omg!
ReplyDeletePlease have some respect and be courteous when you comment in my blog =)
Thanks peeps!