Followers

Sertai Hot Wheels Sunway Putra Mall Epic Championship Sekarang Dan Menangi Hadiah Menarik Dari Hot Wheels

9:13:00 AM

Hari tu kak fink berkesempatan bawa anak anak untuk menyertai Hot Wheels Sunway Putra Mall Epic Championship. Kalau korang peminat Hot Wheels, ni lah masanya untuk korang sama sama ke Sunway Putra Mall di bahagian Ground Floor, Main Concourse. Dekat situ ada banyak aktiviti yang boleh korang dan anak anak join tau..


Bukan hanya anak anak boleh main kereta Hot Wheels di track yang disediakan tapi diaorang juga boleh sertai cabaran yang melayakkan mereka untuk menang hadiah ya..Anak anak kak fink pun join cabaran yang disediakan hari tu..Korang pun boleh join juga. Masih ada masa lagi sebab Final untuk Hot Wheels Sunway Putra Mall Epic Championship ni akan diadakan pada 26 November 2017 ni..


Selain tu dengan setiap pembelian RM50.00 ke atas, melayakkan anak korang untuk dapat Hot Wheels Little Engineer Card. Siap dengan nama dan gambar lagi di kad tu. Kad ni keras tau. Kenang kenangan kan. Suka la abang long dan abang ngah tu masa dapat Hot Wheels Little Engineer Card ni..


Kalau kata masa korang nak join Hot Wheels Sunway Putra Mall Epic Championship ni, tapi korang tak bawa kereta Hot Wheels tu tak per. Dekat situ juga ada dijual kereta kereta Hot Wheels pelbagai jenis. Ni antara yang menjadi kesukaan hulubalang kak fink. Abang long pilih yang oren tu. Abang ngah pilih hijau dan dua yang bawah tu budak kembar punya pilihan hati hihi..



Ni lah first station yang perlu anak lepasi dalam cabaran yang disediakan. Nampak macam senang. Tapi masa anak anak main tu, eh susah juga nak bagi kereta tu masuk dalam lubang tersebut. Kecekapan setiap peserta yang memainkan peranan masa ni. Masa dan kepantasan akan diambil kira untuk melayakkan anak anak ni masuk ke peringkat Final..


Yang ni di Second Station. Satu tips dari kak fink, kalau korang nak masuk Hot Wheels Sunway Putra Mall Epic Championship ni, korang kena pandai pilih jenis kereta. Memang kena pilih jenis kereta lumba bukan kereta  yang dibawa berjalan tu tau. Yer lah kereta lumba baru kelajuan dia cepat sikit kan.


Banyak sebenarnya Challenger Zone yang ada di sini. Bawa lah anak anak korang ke sini. Mesti diaorang suka. Terutama yang ada anak anak lelaki tu. Silap silap mak ayah pun seronok dapat main dekat sini. Tak perlu bayar pun korang. Sajer nak bawa anak anak seronok seronok pun boleh..Weekend hari tu memang meriah parents bawa anak anak main Hot Wheels di Sunway Putra Mall..


Ni track paling anak anak tak sabar nak main. Kena naik ke tingkat 1 dan luncurkan kereta dari atas. Agak menjunam dan tinggi juga tapi ini lah yang paling anak anak suka sebenearnya.. Tak reti penat diaorang masa main Hot Wheels masa ni. Jumpa pula kawan kawan yang sama minat kan? Lagi lah seronok diaorang dapat luangkan masa di sini..


Tengok lah abang long dan abang ngah tu geng betul dengan anak Kak Ayu. Bila lelaki dah bergabung, mama kena duduk tepi je lah hikhik. Bagi peluang pada diaorang kan. Bukan selalu dapat jumpa dan main macam ni..Satu yang kak fink suka tentang permainan Hot Wheels ni, dia bukan sekadar mainan sahaja tapi dia menggerakkan otak anak untuk berfikir sebenarnya..


Budak kembar ni nak masuk cabaran Hot Wheels Sunway Putra Mall Epic Championship tapi tak lepas umur. Untuk sertai cabaran ni perlu berusia 5 tahun ke atas ya korang. Tapi jangan risau, anak anak boleh je main dekat track lain dengan Hot Wheels mereka. Hebat juga dapat melambungkan kereta tu masa ni. Tak padan dengan kecil budak kembar ni..


Macam macam jenis permainan Hot Wheels ada di jual juga di Sunway Putra Mall..Ada yang kereta sahaja dan ada juga yang set. Yang pengumpul Hot Wheels tu, korang dah singgah belum Sunway Putra Mall? Kalau belum, boleh lah cari kereta Hot Wheels idaman korang di sini. Mana tahu ada kan? Hari tu pun sebenarnya aku tengok ramai golongan dewasa yang shopping hikhik..Dasyat betul ya penangan Hot Wheels ni..



Hulubalang seronok dapat set Hot Wheels Super Score Speedway ni. Mula mula aku ingatkan set ni kecil jer tapi bila abang long dah unboxing dan pasang, eh besarrrrr rupanya wak. Dia panjang macam tu. Hari hari lah diaorang duk mengadap main Hot Wheels ni sekarang ni..Tak bergaduh sebab set ni satu jer tapi semua orang boleh main..Fuhh aman hidup mama..


thanks Sunway Putra Mall for having us..
anak anak happy..mama lagi happy..



You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!