Genap Sebulan Tanpa Kata
3:25:00 PM
Pejam celik, hari ni dah genap sebulan arwah suami tersayang dijemput Illahi. Sepanjang sebulan ni juga lah aku berperang dengan perasaan sendiri. Bukan tak redha tapi percayalah korang, saat kita kehilangan orang yang paling kita rapat dalam hidup kita, dia bawa separuh semangat kita sekali. Semua orang cakap aku kuat. Masih mampu bawa kereta untuk uruskan urusan arwah, masih mampu keluar untuk mencari rezeki buat 4 hulubalang yang masih kecil
Tapi percayalah setiap malam adalah waktu paling aku rasa sayu tu datang. Waktu yang paling sukar untuk aku berdepan. Sebab setiap malam juga lah selalunya, masa aku dengan arwah untuk kami bercerita tentang apa yang jadi dengan anak anak dalam 1 hari. Siang dia kerja. Dan kerja dia sendiri bukan boleh setiap masa dengan telefon. Dia cuma akan mesej bila waktu petang sama ada dia atau aku yang perlu keluar untuk ambil anak sekolah. Jadi malam lah masa untuk kami berborak
Sepanjang sebulan ni, aku cuba untuk kuat tapi aku macam wanita lain. Sekuat mana untuk aku lawan perasaan ni, mesti aku akan rasa sebak sebab aku tak de moment dihujung hayat dia untuk aku cakap apa yang sepatutnya aku cakap. Untuk dia pun pesan kata kata akhir pada kami. Pergi dalam keadaan mengejut memang kita akan rasa rindu yang amat sangat. Dulu masa arwah mak pergi dalam keadaan sakit, ada moment untuk aku cakap dengan arwah pun, aku dah rasa seksanya rindu tu.
Ini kan pula, pergi tanpa sempat kita cakap apa apa untuk kali terakhir. Rindu. Itu je mampu aku rasa sekarang ni. Rindu nak dengar suara dia. Rindu nak peluk dia. Rindu nak baring dekat dada dia. Macam aku ni sejenis penakut. Kadang kadang suka mengigau malam malam, arwah yang akan tarik balik badan aku untuk aku tenang dan tidur. Dia akan cakap ma..ma..sambil tarik letak dekat dada dia. Allah memang rasa rindu sangat saat ni..
Sekarang ni kalau aku takut, aku sedih, aku yang kena pujuk hati untuk bertenang balik. Dah tak ada orang nak pujuk atau tenangkan. Dah tak de orang nak bagi idea merepek dan mengarut bila berbincang. Sebab dia tak pernah serius kalau kitaorang berbincang apa apa. Mesti dia akan come out dengan idea merepek and end up aku akan rasa annoying dengan idea dia tu..Memang dia sajer buat macam tu. Itu cara dia bergurau. Dan itu juga yang paling aku rindu sekarang ni..
Dan selama sebulan ni juga lah aku tak kan keluar rumah waktu pagi ataupun petang. Kecuali memang aku terpaksa keluar untuk urusan penting ke bank. Hujung bulan ni banyak benda yang kena diselesaikan. Pernah aku drive waktu pagi, tapi at last aku akan berhenti tepi jalan, nangis sekuat hati bila nampak orang bawa motor. Seolah aku terbayang arwah yang bawa motor. Sungguh aku tak kuat korang..Sedu sedu aku nangis sampai aku rasa aku ok, baru aku drive balik
Benda benda ni yang aku belum cukup kuat nak berdepan. Benda benda dan rutin harian yang biasa arwah buat. Macam event yang perlu aku pergi untuk tuntutan bekerja, lepas jer park kereta aku akan ambil masa untuk betul betul aku ready keluar dari kereta. Selalunya aku akan nangis dalam 5 minit. Buang semua rasa sedih yang ada dalam hati. Baru aku tarik nafas dan keluar. Benda ni semua menyakitkan. Bila saat diri sendiri tak ready lagi tapi aku kena buat untuk kelangsungan hidup..
Aku cuba cari kekuatan tu dari segala sudut tapi ada masa sebak tu datang, memang aku kalah. Entah lah air mata murah sangat sekarang. Kadang kadang duduk sorang sorang tengah tengok tv pun aku boleh menangis. Rasa tu aku tak mampu nak cerita kan pada orang macam mana. Sebab aku sorang jer rasa. Aku selalu doa supaya Allah pujuk hati aku untuk aku bangun sepenuhnya demi anak anak. Bukan senang. Benda ni ambil masa. Korang doakan lah. Moga aku terus diberi kekuatan.
Semoga air mata hari ini, Allah gantikan kami dengan syurga. Moga dia pilih aku untuk jadi bidadari untuk kami bersatu di alam sana. Ujian demi ujian yang aku lalu sepanjang aku jadi isteri dia tapi ini lah ujian terbesar untuk aku lalui sorang sorang tanpa suami. Siapa yang kenal kami, diaorang tahu macam mana jatuh bangun hidup kami. Susahnya kami makan nasi goreng kosong jer setiap hari. Tapi dulu dia yang akan cakap, rezeki Allah luas ma. Takkan Allah tak nak tolong anak anak kita.
Tapi sekarang dah tak de. Dah tak de orang nak kuatkan aku. Aku yang kena berdepan dengan benda ni sendiri. Benda paling sedih, bila asthma aku datang, aku sendiri kena berlari cari ubat. Kalau dulu, dia ada untuk tenangkan aku. Masukkan ubat dan bagi mesin neb untuk aku sedut gas tu. Tapi sekarang, dalam keadaan diri sendiri tak cukup nafas, aku sendiri yang kena cari ubat. Its really tough. Moga Allah lindungi aku, beri aku kekuatan untuk hari hari mendatang.
Terima kasih kerana terima mama sebagai isteri papa. Terima perangai mama yang suka fikir jauh sangat. Yang degil. Yang suka berjalan. Yang suka berangan. Semua tu papa layan tanpa penat. Papa jer faham mama macam mana minat mama dengan blog. Sebab tu papa hadiahkan camera untuk mama sempena birthday tahun ni. Papa dapat rasa papa dah nak pergi selamanya. Tak kuatnya mama tengok kamera tu. Tengok gambar atas ni pun mama rasa sayu. Gambar papa dekat kedai Sony untuk surprisekan mama. Allah taip entry pun, air mata berlinang.
Tidurlah suami. Mama sentiasa akan sedekahkan untuk papa. Tugas mama belum selesai lagi di dunia ni. Moga tuhan izinkan mama besarkan anak anak sampai diaorang besar dan boleh jaga diri sendiri. Anak anak masih perlukan mama. Cari lah mama nanti. Pegang lah tangan mama untuk ke syurga. You'll be dearly missed Pa. Forever be in our hearts. Mama sayang Papa LillahiTaala.
Tidurlah suami. Mama sentiasa akan sedekahkan untuk papa. Tugas mama belum selesai lagi di dunia ni. Moga tuhan izinkan mama besarkan anak anak sampai diaorang besar dan boleh jaga diri sendiri. Anak anak masih perlukan mama. Cari lah mama nanti. Pegang lah tangan mama untuk ke syurga. You'll be dearly missed Pa. Forever be in our hearts. Mama sayang Papa LillahiTaala.
26 828 PinKy PinKo say Hi!
Kak. Bila baca tang asthma tu terus terbayang situasi diri sendiri. Sebab erna pun asthma kak. Memang suami akan berlari sana sini cari inhealer erna. Kdg letak elok dlm beg, anak buat main terkeluar inhealer tu.so suami akan berlari bagi kat erna atau kalau teruk sgt terus bawa ke klinik.
ReplyDeleteTabah ye kak nadia. Erna doakan akak selalu kuat. Erna juga tak tahu sekuat mana erna jika diberi ujian yg sama. Allah akan selalu jaga akak dan pujuk hati kak nadia. Kuat kak
Kak diya. Sebak sy baca. Mudahan akak terus kuat. Dr zahirnya mmg akak nmpk kuat n tabah. ��
ReplyDeleteBerat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Betul cakap.. memang diya sorang yang rasa... kami hanya mampu berdoa moga diya terus kuat untuk anak-anak.
ReplyDeleteSebak saya baca. Tak dapat saya bayangkan kalau benda nie berlaku pada saya. Minta dijauhkan.
ReplyDeleteSaya membesar dalam dunia blog dengan baca entri-entri akak. Memang banyak lah moment2 yang akak kongsikan dengan arwah dalam blog. Agak terkejut masa dapat tahu berita nie dari rakan blogger sy.
Semoga kak Diya sentiasa kuat dalam membesarkan anak-anak. Saya percaya, anak-anak kak diya akan membesar dgn baik dan akan jaga kak diya seperti mana arwah suami jaga kak diya.
Semoga Kak Diya terus kuat dan tabah yer. Salam takziah daripada saya.
Benarlah kata orang, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..
ReplyDeleteKami di sini hanya mampu berdoa moga kak diya terus kuat untuk anak-anak kak diya. Moga terus sabar dan tabah..
Ya Allah.. sangat sebak.. mengalir juga air mata ni bila membaca kisah akak.. tabah ye kak.. tabah untuk anak-anak.. kami hanya mampu mendoa.. In Sha Allah, yang baik-baik akan muncul tak lama lagi..
ReplyDeleteBaca dengan air mata.. berat mata memandan, berat lagi bahu yang memikul.. semoga dipermudahkan segalanya buat akak..
ReplyDeleteal fatihah utk arwah..semoga kak bertabah menghadapi segala cabaran dan dugaan yg akan datang
ReplyDeletesemoga Dhiya dan anak-anak tabah lalui hari-hari mendatang... alfatihah
ReplyDeleteAssalamualaikum diya...ya Allah sebak rasa dihati akak...akak selaku mendoakn diya n anak2 tabah dgn dugaan ini...berat mata memandang berat lg bahu yg memikul...semoga diberikn kekuatan n semangat utk teruskn hidup ini bersama anak2...Al-Fatihah buat arwah...:(
ReplyDeleteDiya, akak tahu takde kata yg akan mampu pujuk 'kesakitan' yg awak tanggung...tapi percayalah pada perancangan Nya yg terbaik...insyaAllah ada hikmah besar untuk awak & 4 anak-anak
ReplyDeleteDiya, akak tahu takde kata yg akan mampu pujuk 'kesakitan' yg awak tanggung...tapi percayalah pada perancangan Nya yg terbaik...insyaAllah ada hikmah besar untuk awak & 4 anak-anak
ReplyDeletesemoga Allah luaskan rezeki untuk diya anak beranak....moga diya terus kuat
ReplyDeletesayu kak nowa membacanya. membayangkan kegembiraan suka duka bersama diya dan suami dan Allah telah beri ujian yg sgt besar pd diya. Kak nowa always doakan diya senantiasa kuat semangat diberi kesihatan yg baik dipermudahkan segala urusan utk anak2.. take care..
ReplyDeleteTiada kata mampu melakarkan sebaknya hati membaca bait2 kata akak. I feel u sister even tatau bagaimana nk rangkaikan ayat. Akk tabahlah, jadilah sekuat Dan seteguh siti khadijah r.a. semoga akak Dan Abg zamri bersatu nanti di syurga abadi. Alfatihah...
ReplyDeleteSemoga Allah lindungi PM dan anak2.. Diluaskan segala pintu rezeki, semoga PM terus kuat untuk anak2.. aaminn
ReplyDeleteal fatihah untuk suamimu. Semoga suamimu tergolong dalam kalangan org2 yg beriman. Semoga kamu terus kuat menghadapi hari2 yang mendatang. Allahuakbar, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kamu insan yang terpilih oleh-Nya, moga Allah sentiasa melindungimu dan anak-anak. Insya-Allah, kehilangan itu pasti ada hikmah-Nya. Pasti! Be strong ya!
ReplyDeletebe strong kak diya... takziah... itu je yang mampu kita ucap untuk akak.. tapi akak yang rasa semua kesedihan tu.. :(
ReplyDeletemenangislah kalau tu buat kak diya lega... semoga akak terus diberi kesihatan yang baik dan kebahagiaan bersama anak2..didunia dan akhirat...
Al-Fatihah...sebak sgt baca....semoga kak dhiya tabah n kuat utk anak2....semoga Allah memudahkan segala urusan akak...
ReplyDeleteSemoga tabah
ReplyDeleteAllah .. sedihnya baca entri. Tak dapat bayangkan perasaan awak terutamanya tiba waktu malam tu. Sebaknya kmia sendiri terasa nak nangis. Moga Allah terus kuatkan semangat awak dan dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya... Al Fatihah untuk arwah.
ReplyDeletesemoga kak diya dapat membesarkan anak-anka. Harap anak-anak jadi anak soleh..
ReplyDeleteBab ternampak2 arwah bawa motor... saya sendiri sangat2 terbayang2 arwah suami sendiri sampai sekarang..Walaupun dah setahun lebih dia pergi. Asal nampak yang menyerupai memang akan mengalir air mata.
ReplyDeleteUntuk Diya, semoga tabah & sabar... memang hanya masa akan mengubatinya. Semoga cinta kalian akan bersatu semula di jannah nanti.
semoga ko terus kuat kak..! - JMR23
ReplyDeleteTak terluah rasa. Apa-apapun moga rutin harian Nadia dan anak2 dipermudahkanNYA.
ReplyDeleteberderai air mata mak! Allahu...tengok anak2 dhiya, sy teringt kat anak2 di rumah...sgt2 rapat dgn papa dia.. sy tak tau kalau berada di tempat awk. al fatihah untuk arwah
ReplyDeletePlease have some respect and be courteous when you comment in my blog =)
Thanks peeps!