Followers

Bangkok House: Sajian masakan daripada Thailand yang memang sedap dan dekorasi kedai yang cantik

8:29:00 AM

Hari tu kan kak fink dan beberapa kawan yang lain cuba makan makan di Bangkok House TTDI Damansara..cawangan lain Bankok House di sekitar KL ni antaranya di Sunway Giza Mall  Kota Damansara dan 1Mont Kiara Mall..masa mula mula masuk restoran Bangkok House ni, suka dengan dekorasi restoran yang kemas, esklusif dan bersih..macam yang aku pergi ni dekat cawangan TTDI, ada 2 tingkat..kiteorang duduk dekat tingkat atas hihi..jangan risau ada lif!

credit to FB: kitapunye

Ni antara menu yang kiteorang cuba..sebenarnya banyak lagi miahahahaha....ni yang sempat masuk dalam gambar jer korang..serius kenyang nak habiskan semuaaaaa tu..masakan Thai ni aku suka sebab dia cukup pedas..cukup masam kan? tapi yang dekat Bangkok House ni, rasa masam dan pedas tu memang power..nasib makan dalam tempat berhawa dingin hahahaha..kurang sikit peluh menahan pedas tu..



Ini pembuka selera kiteorang hari tu..Miangkham..daun kaduk tu di makan bersama dengan sos thai, limau, cili, kacang, bawang, halia dan udang kering..korang kena letak sos tu ke atas bahan bahan yang di atas daun kaduk tu..kemudia bungkus dan makan..kalau terkena cili..perghhhh berair mata hahahaha..rasa dia manis manis masin sikit..cuba lah nanti ok..


Ayam goreng ni rangup..nama menu ni Kai Tod Takrai..diperap dan digoreng dengan serai..lembut je..tak liat..gorengan tu just nice..kadang kadang ayam ni kalau kita terlebih goreng, ia akan jadi terkeras kan..yang ni tak..rasa rangup jer..aku makan 1 jer..sebab banyak sangat lauk lain nak makan hahahaha..


Yang ni favourite kak fink sangat sangattttttt..haaa ko  nampak tak betapa aku nak bagitahu ni sangat sedap..sayur kangkung tau ni tapi bila makan tu tak rasa macam sayur pun..tapi rasa macam makan keropok..serius kalau anak korang tak suka sayur pun mesti dia akan suka hihihi..rangup sangat aihhh..dimakan dengan sos di bawah ni ya..tapi kan aku makan camtu jer..sebab sedap..nama menu ni Yam Pakbung Krob..sila cuba ya..anak mesti suka..



Yang ni sayur campur brocoli dan cendawan..sedapppp! Nama menu ni Phad Phak Hong Tae..saper yang vegetarian boleh order yang ni ok..yang tak vege tapi suka makan sayur pun digalakkan order..yang buat sedap tu bila ada mushroom tu..seriously rasa tu tak kan mengecewakan korang..aku sampai terkenyang kenyang masa ni..


Ok ni paling paling kaw rasa dia..pedas tak payah cakap..terangkat ooo rasa dia hahahahaha..hirup kuah jer dah cukup..cukup masam..cukup pedas..aku lebih suka makan nasi dengan kuah ikan ni dari tom yam tu sebab aku memang suka makan lauk lauk yang pedas..lagi pedas lagi suka..baru power hahahaha..nama menu ni Pla Neng Manao..campuran limau, cili dan bawang putih..


Macam biasalah kalau pergi restoran yang menyajikan menu thai..tak sah kalau tak order tomyam..betul tak? dekat sini banyak jenis tom yam tau..ada tomyam yang memang pedas kaw..ada yang biasa biasa jer..nanti kalau korang pergi dekat Bangkok House, boleh tengok menu dia..dia ada tunjuk mana yang pedas dan mana yang tak berapa pedas..


Macam biasa telur dadar kena ada juga kan..baru lengkap korang makan dengan tomyam..see? boleh bayang tak betapa banyak aku kena makan hahahahahaha..tu pun amik sikit sikit jer...tapi lepas ni kalau nak pergi..ikan tu wajib aku order dan sayur bayam tu tadi..dua tu memang forever favourite di Bangkok House..


Di Bangkok House juga, korang boleh pilih nak hidangan korang tu dalam size apa..contohnya kalau datang berdua..amik jer saiz S..kalau berempat amik saiz M dan kalau ramai lagi boleh pilih hidangan yang bersaiz L..kalau rasa rasa tak tahu nak agak camner..tanya jer waiter dekat sana ok..diaorang boleh cadangkan korang amik saiz hidangan yang mana yang bersesuaian dengan kuantiti yang datang hari tu..


Untuk pengetahuan korang, cawangan Bangkok House di Sinaran TTDI menyediakan khidmat private function atau any events di ruangan tingkat atas..so tak ganggu dengan customers lain ya..harga bermula dari RM25 per pax..lebih lanjut korang boleh hubungi no di bawah ni:

Instagram: @bangkokhousekl

Alamat: 6-3A-0 Sinaran TTDI, Jalan Tun Mohd Fuad 3, TTDI Damansara
Telefon: 012-2069872

thanks jocko sudi ajak kami makan sama sama hari tu..
nanti nak repeat dengan family pula..korang cuba la nanti ya..



You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!