Followers

LBRS: Kedai Membekal Lace, Beads, Rhinestones, Patch, Horsehair dan banyak lagi!

10:06:00 AM

Hari Sabtu lepas kak fink berkesempatan ke Majlis Perasmian sebuah kedai yang membekalkan dan menyediakan segala kelengkapan manik, lace, rhinestons, patch, horsehair dan banyak lagi feathers cantik di Sri Hartamas. LBRS menjadi tumpuan selama ni untuk mereka yang nak mencantikkan lagi baju pengantin, baju raya ataupun baju yang kita pakai untuk kenduri..

Kadang kadang baju tu simple jer tapi bila dah diletakkan dengan batu batu dan manik manik cantik, terus nampak eksklusif kan?Sebelum ni memang kak fink sendiri dah follow kedai LBRS ni sebab memang aku suka tengok manik manik yang dijual dekat sini. Dah lah cantik. Dijual pula pada harga yang aku rasa sangat berpatutan.


Tak sangka dapat join LBRS Launching Day hari tu. Banyak sangat harga runtuh wak masa tu. Bayangkanlah potongan harga sebanyak 50% ok. Memang terkejut kejut tengok harga haaa..Neelofa lace tu jadi RM35.00 semeter..Memang untunglah siapa beli. Murah sangat sangat! Ramai juga aku tengok bakal pengantin grab peluang ni. Dekat tak luar tak dapat dik harga tu hukhuk..


Lace semua 50% off untuk siapa yang datang hari Sabtu lepas..


Frills Lace yang korang tengok dalam gambar di atas tu sangat menggoda ok. Ada 3 warna iaitu light pink, off white dan juga black. Tak kuat lah wak duduk sini. Rasa nak beli semua. Dah lah hari tu 50% off, so harga jadi RM30.00 jer semeter. Kalau tak harga asal adalah RM60.00. Cantik sangat kalau buat skirt kan. Aku dah pegang dah warna hitam tu ahahahaha..

Pleats 3 Layer

Horsehair

Border Lace

Shinning Triming


Dekat sini juga ada kain sequin untuk mereka yang mencari untuk buat skirt atau pun selalunya sekarang ni orang buat backdrop untuk buat video kan. Memang cantik. Ada plain sequin dan ada juga yang jenis sequin bercorak. Kalau dekat luar mahal juga aku tengok kain sequin tapi dekat sini memang berbaloi untuk dibeli. Kalau tak silap hari tu dalam RM39.00 jer semeter..


Yang ni kak fink kongsikan lagi pelbagai jenis corak patch dan manik manik yang kak fink berkenan sangat hari tu. Bayangkan semua tu separuh hargaaaaa! Ala pitam lah kita tengok wak. Kalau korang kreatif, confirm nampak cantik sangat baju dan tudung korang. Aku suka benda benda macam ni sebab sekarang ni dah mudah kan. Orang tak pandai jahit tu jangan risau, di sini ada disediakan beads service..



Dengan erti kata lain, kalau korang tak pandai jahit tak payah risau ya. Korang pergi jer dekat LBRS ni, akan ada perkhidmatan menjahit manik untuk korang pada harga yang berpatutan. Cuma hanya perlu pilih corak bunga atau batu yang korang berkenan. Kalau rasa rambang mata macam aku ni ahahahahaha boleh jer suruh staff dia cadangkan..Staff sini baik baik yer. Peramah yang amat semuanya..Serahkan jer pada mereka..Nanti cantik lah baju korang tu..Jimat masa!




Mengikut kata Kak Yong pemilik LBRS ni, selepas launching day tu masih ada discount diberikan kepada pelanggan pelanggan tersayang. Tapi bukan 50% off la wak. Potongan 50% tu untuk mereka yang datang masa launching day. Hari selepas tu potongan sebanyak 30% diberikan kepada para pelanggan tersayang. Sampai bila tu kak fink tak pasti. Kalau korang nak tahu, boleh lah korang whatsApp di nombor 012-384 7435


Ni setelah masing masing pening kepala nak beli yang mana satu HAHAHAHAHHA..Lama juga kami lepak dalam LBRS ni. Yer la diskaun giler giler macam ni memang kena grab kan. Kalau tak rugi laaaa..Nak tengok ke kak fink beli apa? Haaa kita grab Shinning Trimming ni pada harga RM1.00 jer wak. Lepas tu ambil Pleats 4 layer ni pada harga RM2.00 HAHAHAHAHAHA..Pitam tak? Murahh!


Terima kasih Kak Yong jemput kami. Pertama kali tau tentang mata dengan Kak Yong ni, tapi rasa macam dah lama kenal pula. Tak sangka selama ni stalk Instagram LBRSMY jer, hari tu dapat jumpa sendiri owner kedai haaa..Lehtop Kak Yong sempat kan make up cantik cantik..Tengok baju dia pun kemain manik tu haaa..Tokey manik kan wak, haruslah baju bermanik..Kak fink kongsikan info untuk LBRS di bawah ni ya..


Instagram: @lbrsmy

Alamat: 42-3, Tingkat 3, Jalan 27/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
WhatsApp: 012-384 7435

terima kasih untuk layanan yang mesra dari staff LBRS hari tu
kak yong nanti bagitahu kami lagi kalau ada sales ya ahhaha..tak boleh move on!



You Might Also Like

5 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. kalau nak kahwin dulu, kedai gini dah macam kedai rutin harian duk ulang masuk beli barang hehee

    ReplyDelete
  2. iye wakkk klu ikotkan sy nk borong satu kedai dgn kedai kedai nya sekali!!! HAHAHAH murah giler kan rtu adoi

    ReplyDelete
  3. thanks so much for the writeup korangggg!

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!