­
Pinky Momma

Followers

Lulu Hypermarket KL: Dapatkan Kelengkapan Rumah dan Bahan Basah Pada Harga Yang Murah

9:21:00 AM

Hari Sabtu lepas, kak fink teruja sangat bila dapat tahu Lulu Hypermarket ada mengadakan jualan murah sebanyak 50% untuk barangan terpilih. Walaupun bukan semua barang tapi bagi kak fink banyak juga barang yang ada sales! Ni pengalaman pertama berbelanja di sini. Syokkk oo rupanya duduk dalam Lulu Hypermarket ni. Besar juga dan ada 3 tingkat untuk korang jalan jalan..


Dan hari Sabtu lepas juga, pihak Lulu Hypermarket ada mengadakan satu majlis di mana percubaan untuk memecahkan rekod baru dengan Malaysia Book of Record. Lulu Hypermarket telah  menyediakan Kek Buah Segar yang sangat panjang dan diletakkan berhadapan dengan pintu masuk. Memang nampak menyelerakan kek tu tau..Tak sabar menunggu untuk dipotong masa ni. 

Orang ramai dah mula menanti dengan sabar saat diumumkan rekod terbaru daripada pihak Malaysia Boof of Record..Apa yang kak fink boleh gambarkan pada korang, memang meriah betul hari Sabtu lepas dengan pengunjung yang nak grab harga jualan murah sebanyak 50% dan juga tak kurang hebatnya pengunjung yang menanti rekod baru yang akan dipecahkan. Mampukah Lulu Hypermarket memecahkan rekod ini?



Setelah pegawai daripada Malaysia Book of Record mengukur kepanjangan Kek Buah Segar tadi, akhirnya satu rekod baru telah dapat dicatat dengan catatan baru Kek Buah Segar Terpanjang daripada Lulu Hypermarket iaitu 123.3 meter. Tahniah Lulu Hypermarket. Memang panjangggg sangat hari tu keknya..


Selesai jer majlis memecahkan rekod untuk Kek Buah Segar Terpanjang dengan Malaysia Book of Record, sempatlah kak fink jalan jalan dalam Lulu Hypermarket tu. Masa ni dah tak sabar nak tengok apa agaknya yang menarik dalam Lulu ni. Fuhh masa dekat pintu masuk tu dah banyak yang kita tergoda wak. Apa murah murah ni?


Tepung Kentucky ni dah turun kepada 50% . Daripada harga RM12.80, tapi untuk hari Sabtu dan Ahad hari tu harganya cuma RM6.90. Alamak murah yang amat. Biasanya kalau untuk harga RM6.80 tu hanya dapat yang untuk pek kecil jer kan. Ni kita dapat untuk pek yang besar. Tepung ni penting untuk ibu yang ada anak sukakan makanan seperti ayam goreng hihi..


Dekat Lulu Hypermarket ni juga ada disediakan Bakery. Di sini korang bukan sahaja boleh dapatkan roti, kek dan segala pastry yang sedap tapi juga di Bakery Lulu Hypermarket ni, korang boleh rasa makanan daripada Arab. Haa dah tak payah susah susah nak beli dekat tempat yang jauh dah lepas ni. Pergi je ke Lulu Hypermarket. Yang tak pernah cuba, kena cuba ya..



Dekat sini juga banyakkkk yang amat chocolates yang korang susah nak jumpa di pasaraya yang lain. Tapi di Lulu Hypermarket ada. Ada bahagian yang timbang dan juga yang sudah dah siap di pek untuk korang pilih. Haihh tempat paling menggoda untuk chocolates lover macam aku ni..Semua rasa nak beli..



Di Lulu Hypermarket juga ada dijual bahagian basah seperti ikan, sotong, udang dan juga ayam. Aku siap beli ikan tongkol dan ikan siakap dekat sini. Murah harga siakap dia. Ayam pun murah ok hari tu. RM5.99 untuk sekilo ayam. Perghhh ambil 2 ekor terus. Dekat luar tak dapat harga ni wak. Memang murah..


Peminat sushi ada tak dekat sini? Tak sangka dekat Lulu Hypermarket ni ada dijual sushi yang kak fink boleh katakan banyak juga pilihannya. Aku ni tak pandai sangat sushi ni, tapi mengikut kata Nora, kawan aku yang pergi juga hari tu, dia cakap murahhhnya kak. Amboii dah tentu arah dah Nora hari tu nak pilih sushi kegemaran dia..Banyak sangat pun pening nak pilih ya Nora ahahahahaha..



Hanya di Lulu Hypermarket sahaja di juga Chicken Roll yang Halal untuk korang beli. Dah lah Halal, banyak pula tu pilihannya. Ada macam macam jenis rasa chicken roll ni..Pilih jer lah. Kalau kata korang nak amalkan gaya hidup sihat, boleh lah beli chicken roll ni untuk dijadikan salah satu menu pemakanan sihat korang tu. Letak dalam sandwich sedap ni..


Ni tempat paling aku suka hahahahaha..Hey mudah sangat lah hidup sekarang. Nak beli sambal belacan dah tak payah nak susah susah ketuk dengan batu lesung wak. Haa beli jer lah nak banyak mana pun. Pilih jer. Banyak juga segala jenis sambal yang ada di Lulu Hypermarket ni. Cencalok ada, Kimchi ada. Eh banyak lah. Korang kena datang sini ok..Bawang putih yang siap dikisar pun ada wak..


Air detoks dan juga jus segar pun ada dijual di sini. Harga air detoks tu RM1.00 lebih je ya. Murah tak? Jus tu kak fink tak ingat berapa, tapi yang pastinya memang murah. Yang putih tu Lassi. Yang kak fink perasan hari tu ada jus lobak merah, jus kiwi dan juga anggur..Minum pula sejuk sejuk macam tu, mesti dapat rasa kesegaran tu kan..


Makanan yang disajikan di Lulu Hypermarket ni sedappppp. Yang penting tak mahal. Aku terkejut juga. Ingatkan harga makanan dia mahal. Rupa nya tak. Tambah lagi untuk hari Sabtu dan Ahad hari tu kan ada jualan murah sempena Hari Malaysia. Harga tu memang mampu buat korang tersenyum. Rasa nak beli semua. 


Ayam Tandoori 1/4 hanya RM3.45 sahaja! Whattttt. Beliiiii banyak banyak ahahahahaha..Eh korang jangan susah hati tau. Kalau kata korang terlepas jualan murah untuk Hari Malaysia ni tak pe, cepat cepat follow Facebook Lulu Hypermarket untuk korang tahu bila lagi ada sales macam ni. Dengar kata Deepavali ni ada wak. Tapi kak fink sendiri pun tak pasti tarikhnya. Kena follow Facebook diaorang ok..


Aku berjaya hasut kawan kawan lain untuk beli Pizza Lulu ni. Ya ampun sedapppp sangat lah pizza ni! Mula mula masa beli tu rasa risau juga, takut roti bawah tu liat ke kan. Tapi tak wak, roti lembut sangatttt. Yang penting Pizza dia tak kedekut cheese. Yang aku beli saiz paling besar. Saiz paling besar harga dia cuma RM15.00 - RM19.00. 

Yang ni korang kena beli. Aku memang cadangkan Pizza dari Lulu ni. Hari tu nasib baik ambil 2 Pizza. Tu pun tak cukup hahahahaha. Anak anak suka..Tak sia sia mama beli. Yang dekat rumah tak ramai tu, beli  yang saiz kecil pun dah ok. Aku panaskan dalam microwaze dalam 10 minit jer. Huwaaa teringat balik Pizza tu..Kena repeat ni..Ramai juga kawan kawan aku beli Pizza ni..


Ok itu di bahagian bawah. Kali ni kak fink nak tunjukkan di bahagian Ladies Department, Men Department dan juga Kids Deparment. Not bad juga baju baju yang ada di Lulu Hypermarket ni. Yang penting hari tu ada potongan 50%. Mana lah tak rasa nak beli semua ahahahahaha. Jom tengok gambar gamabar yang sempat kak fink ambil hari tu..



Baju dekat tempat kanak kanak sangat menggoda! Terutama nya untuk baju untuk anak perempuan. Banyak nya pilihan. Dress cantik cantik. Tapi tak mahal! Haaa tu yang penting kan. Follow tau Facebook Lulu Hypermarket untuk korang alert bila lagi sales  yang akan diadakan. Maklumlah masa sales ni lah kita dapat beli banyak pada harga yang murah kan..


Korang bayangkan dress putih macam princess tu cuma RM30.00+ jer ok. Ya Allah nasib baik lah aku tak ada anak perempuan ahahahaha. Kalau tak harus menggiler dekat Lulu ni hari tu. Dah lah cantik. Kembang kembang macam tuan puteri sangat ni. Baju budak perempuan memang cantik cantikkan..


Ni di bahagian baju dan seluar lelaki. Haa nampak tu semua potongan 50%. Kalau lah aku tahu Lulu ni best, dah lama aku sampai sini. Boleh pergi lagi sini lepas ni. Nak parking pun senang nak ke sini. Yang tak tahu lagi, bangunan Lulu Hypermarket ni bersebelahan jer dengan Jakell Mall Kuala Lumpur tu.



Yer wak kita tak tipu memang ada wujud ya potongan harga 50% tu. Haa tengok lah ni di bahagian kasut. Nasib baik lah hari tu aku dah penat sebab paginya tu aku ikut anak anak ada Kids Run, so kaki mak pun dah agak sakit tumitnya hahahaha..Kalau tak, harus aku duduk dekat Lulu ni dan pilih mana yang berkenan di hati. Hari tu dekat bahagian groceries jer aku dah lama nak beli barang..


Untuk yang mencari persiapan Deepavali nanti, haa dalam Lulu Hypermarket ni ada dijual segala jenis kain sari, instant sari, lengha dan punjabi suit untuk korang pilih. Ada banyak corak dan banyak harga ya. Ikut lah bajet korang berapa. Kain sari tu kalau buat baju kurung pun cantik. Aku suka buat baju kurung guna kain sari..Manik manik dia menarik..



Amboi Iena sempat kan bergaya dengan salah satu lengha yang ada di Luly Hypermarket ni. Iena lah orang yang paling rambang mata dekat sini ahahahahaha. Nanti dia nak datang lagi tu. Katanya tema adik kawin nak pakai sari. Wahh meletop la korang adik beradik nanti kan. Ni korang tengok macam biasa je kan. Tapi kalau tengok depan mata, berkilat kilat ya lengha tu. Blink blink tu yang meletop!


Di tingkat yang seterusnya ni adalah bahagian Clearance. Campur semua baju kanak kanak dan juga dewasa. Walaupun Clearance tapi baju baju tu ok lagi..Boleh lah korang tengok kalau ke Lulu Hypermarket nanti ya..


Bahagian electrical dia pun menarik wak. Tambah lagi masa ada sales lagilah menarik kan. Murah murah la TV dan vacuum dia. Eh ni yang sempat aku tengok. Memang tak kuat lah nak duduk sini. Dah semuanya menarik di mata haaa. Ada jer yang berkenan. Nak nak pula barang yang ko memang dah survey, sekali dekat sini ada ahahahahah..Gerammmnyaaa!


Handphone tu murah sangat. Aku beli dulu harga dia RM1228.00. Sekali tengok dekat Lulu, diaorang offer RM998.00 jer..Adoi sakit lah hati kita tengok harga tu. Promosi handphone ni sampai 24 September ya. Mana lah tahu ada yang nak tukar handphone ke. Haa inilah peluang korang untuk grab harga yang murah murah. Dapat jimat banyak tu..


Untuk makluman korang, jangan risau kalau kata korang nak solat pergi jer terus naik di Tingkat 3 ya..Dekat Lulu Hypermarket juga disediakan Surau untuk kemudahan para pengunjung. Tandas pun Tingkat 3. Tingkat lain tak de tau. Jangan pula korang cari tingkat lain, memang tak jumpa hahahaha..Tuju Tingkat 3 terus ok..


Nak tengok tak hasil membeli belah kak fink di Lulu Hypermarket hari tu? Nah wak. Banyakkknyaaa. I cannot tahan lah dengan harga murah murah ni. Alhamdulillah penuh balik peti ais tu. Stok seminggu dah berjaya di tambah. Yang penting semuanya murah murah. Tak sia sia pergi Sabtu lepas..


Tahniah lagi sekali untuk Lulu Hypermarket kerana berjaya memecahkan rekod Malaysia Book of Record untuk Kek Buah Segar Terpanjang dengan catatan rekod 123.3 meter.Untuk korang yang nak ke Lulu Hypermarket ni, parking jer bawah bangunan Lulu ni ok. Kalau untuk Weekend dan Public Holiday murah ya, RM4.00 per entry..Hari biasa dia kira per jam..


Lulu Hypermarket
Alamat: Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur
Waze / Google Map: Lulu Hypermarket Capsquare KL
Instagram: @luluhypermarketkl

tunggu Lulu nanti i datang lagi ya..nak borong Pizza sedap tu..
korang jangan lupa follow Facebook Lulu Hypermarket untuk tahu bila lagi sales ok



You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Pernah pegi gak Lulu Hypermarket ni. Best!

    ReplyDelete
  2. mmg rambang la tgk brg2 yg geng bloggers shopping dpt 50 % tu

    ReplyDelete
  3. Alaa...sib baik akak x sihat kalau x memang sakan shopping kat sini..bestnya..pernah pi sekali and as a mak2 akak suka bahagian groceries diorg..

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!