Followers

Boleh PM Tepi Tapi Dengan 8 Syarat Yang Ditetapkan KPDNKK

10:02:00 AM

Sekarang ni ramai orang suka meniaga dan juga membeli secara dalam talian kan? Yer la senang dan memudahkan untuk kedua dua belah pihak diantara peniaga dan juga pembeli. Kita tak perlu lagi berasak asak atau memakan masa untuk mendapatkan barangan ataupun makanan yang kita nak. Semuanya dah dihujung jari..

Pelbagai jenis platform di media sosial menjadi pilihan untuk para peniaga dan pembeli sekarang ni. Antara yang sangat menjadi tumpuan pastinya di Facebook dan juga Instagram. Dan setiap kali post jualan peniaga naik di salah satu platform ini, pastinya ada sesetengah peniaga akan letak PM jika berminat. Betul tak? Senario ni biasa kita nampak di Facebook mahupun Instagram.

Persoalannya boleh ke istilah PM tepi ni digunakan sekarang ni? Adakah ini strategi para peniaga? Atau pun ianya akan membawa masalah kepada semua semua pihak? Untuk yang tidak mengetahui apa tu PM atau DM ni. Haa meh kak fink kongsikan. PM ni dikenali sebagai Private Message. Manakala DM pula ialah Direct Message.


Dalam erti kata lain, pembeli perlu mesej peniaga untuk mengetahui harga barang tersebut. Kenapa tidak dipaparkan terlebih dahulu harga sebenar harga jualan tadi supaya ianya mudah untuk para pembeli membuat bajet mereka. Kalau kena dengan harga, kan senang untuk pihak pembeli dan penjual untuk meneruskan langkah seterusnya..

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga tidak menghalang strategi PM Tepi ini tetapi ada syarat yang perlu dipatuhi dengan mengamalkan 8 perkara di bawah Peraturan peraturan Perlingungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012, Akta Pelindungan Pengguna 1999.

Meh kak fink kongsikan dengan semua apakah 8 Perkara tersebut:
1. Nama Penjual / Syarikat
2. Nombor Pendaftaran Perniagaan
3. Keterangan Produk
4. Terma dan Syarat
5. Anggaran Masa Penghantaran
6. Kaedah Pembayaran
7. Maklumat untuk dihubungi
8. Harga Perlu Dibayar


Individu yang gagal memenuhi 8 perkara yang ditetapkan oleh Kementerian akan dikenakan denda sebanyak RM50,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua duanya sekali. Ini adalah untuk kesalahan pertama. Kesalahan kedua denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala bagi Penalti Pertubuhan Perbadanan pula, kesalahan pertama denda tidak melebihi RM100,000. Kesalahan kedua denda tidak melebihi RM200,000.

Sekiranya peniaga terbabit masih gagal dan melakukan kesalahan berterusan dengan tidak memenuhi syarat di atas, maka denda akan dikenakan tidak melebihi RM1,000 sehari bagi setiap hari atau sebahagian hari kesalahan berterusan selepas sabitan bagi individu atau pertubuhan perbadanan.


Ok kak fink bagi contoh ya. Contoh lah seorang peniaga yang ingin menjual kucing ke, bola ke, baju ke mahupun makanan sekali pun. Peniaga tadi perlu memaparkan harga terlebih dahulu dan bukan dengan memberitahu bakal pembeli tadi dengan ayat PM sekiranya berminat. Setelah harga jualan telah dipaparkan, barulah istilah PM Tepi tadi boleh digunakan.

Sekiranya korang ada ternampak para peniaga yang masih tidak memaparkan harga dan masih menggunakan istilah PM Tepi tanpa mengikut 8 syarat yang telah ditetapkan seperti di atas, sebagai pengguna bijak korang boleh salurkan aduan tadi dengan menghubungi Bahagian Penguatkuasaan di talian  1-800-886-800.

FRIENDS OF KPDNKK


Friends of KPDNKK adalah merupakan satu keahlian sukarela dan diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membantu Kerajaan dalam memantau harga barangan (penandaan harga) dan perkhidmatan, menjadi jurucakap kepada program-program kepenggunaan Kementerian dan menyampaikan maklumat kepenggunaan kepada masyarakat.

Keahlian Friends of KPDNKK adalah terbuka kepada rakyat Malaysia dengan had umur untuk menjadi ahli adalah pada umur 18 tahun ke atas. Pendaftaran adalah PERCUMA tau. Yang penting korang boleh dapat diskaun masa membeli belah nanti. Eh menarik sangat ni kan. Kak fink suka yang ada diskaun diskaun ni. Tunggu apa lagi, cepat cepat daftar di KLIK Friends of KPDNKK


Selesai sahaja daftar, korang akan diberikan kad seperti di bawah ni. Haa boleh lah bawa ke mana mana kad ni ke mana mana. Terutamanya bila korang berbelanja di Pasaraya Mydin. Potongan harga menarik menanti nanti. Haa jimat lagi kan? Tak susah pun nak daftar. Klik link yang dah kak fink kongsikan di atas tu..


Kad Friends of KPDNKK adalah kad diskaun (Loyalty Card) yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat kepada anggota-anggota Friends of KPDNKK. Ia mempunyai 3 fungsi iaitu sebagai:

    - Kad Diskaun
    - Kad Loyalti
    - Kad Pengenalan Diri Sebagai Anggota Friends of KPDNKK


Sebagai pemegang Kad Friends of KPDNKK, anda boleh menikmati diskaun istimewa ke atas produk / perkhidmatan yang ditawarkan oleh premis yang mengambil bahagian (Rakan Dagang Bank Rakyat) yang menyertai program keistimewaan ini..Moga kita mampu jadi pengguna yang bijak dan membantu ahli keluarga, rakan rakan dan masyarakat lain supaya dapat bertindak bijak juga.

Website KPDNKK: www.kpdnkk.gov.my/kpdnkk/

Website Friends of KPDNKK: www.fok_sp.1pengguna.com/sp/

ingat tau boleh PM Tepi tapi kenalah ikut 8 syarat yang ditetapkan
jom kita daftar sebagai Friends of KPDNKK sekali..percuma jer wak..



You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!