Followers

Goodnite® Love Series Mampu Memberikan Waktu Tidur Yang Berkualiti

12:31:00 PM

Kehidupan kita yang serba sibuk sekarang ni, jarang kita dapat rehat yang mencukupi kan? Dah tidur pun kita rasa badan macam letih lagi betul tak? Tanpa kita sedar, masa kita dengan handphone, laptop dan tablet lebih lama dalam sehari. Yer la zaman sekarang, zaman teknologi kan. Memang kebanyakan kerja kita memerlukan kita menggunakan gajet ni semua dalam setiap tugasan..


Ini akan menyebabkan badan kita akam mempunyai gangguan elektron. Kadang kadang mesti korang perasan, badan kita sendiri akan selalu terkena kejutan ringan bila tersentuh objek lain kan. Gangguan elektron ni akan menyebabkan sedikit sebanyak kesulitan untuk kita dapatkan tidur yang berkualiti. 


Untuk mengatasi masalah ni, Goodnite® telah mengeluarkan tilam yang mampu mengatasi gangguan elektron tadi. Mesti korang biasa dengar dengan jenama Goodnite® ni kan. Yer la Goodnite® ni dah lama di pasaran dan jenama yang dipercayai serta mempunyai reputasi yang baik untuk mencipta tilam yang berkualiti, inovatif dan berpatutan serta produk peralatan tempat tidur yang lain.


Goodnite® sekarang ni dah keluarkan tilam daripada Love Series. Ada 3 jenis tilam daripada Love Series ni iaitu:

1. Forever Love
Selain daripada berbeza daripada segi ketebalan. Kandungan di dalam tilam tu sendiri yang membezakan ketiga tiga tilam Love Series ni. Forever Love mempunyai 5 Zon Individual Encased Coil dan Premium Natural Latex untuk keselesaan tertinggi. Tebal tau tilam Forever Love ni. Tebal dan tinggi..


2. Eternal Love
Tilam Eternal Love ni mempunyai 5 Zon Individual Encased Coil and Premium Memory Foam untuk sokongan kontur badan tanpa kompromi bagi mendapatkan tidur yang berkualiti tinggi. Kalau tanya secara perbadi, aku suka yang Eternal Love. Tengah tengah. Memang selesa la tilam ni. Empuk jer. Boleh ucapkan selamat tinggal pada insomnia hehe..


3. True Love
Manakala tilam True Love menghidupkan Double Posture Coil dan Hi Density Bio-Foam yang memberikan sokongan balik pada badan kita ketika tidur. 


Tilam tilam daripada Love Series ni adalah tilam Goodnite® daripada kategori StatFree® tau. Ianya diperbuat daripada kain tilam yang menggabungkan teknologi Anti-Statik yang menggabungkan gentian semulajadi dan sintetik dan mengandungi ultra-halus, benang serat karbon yang menarik elektrik statik yang terkumpul di dalam badan kita dan menghantarnya ke udara pada voltan rendah.


Untuk pengetahuan korang, badan kita boleh menahan voltan tinggi sehingga 30,000 volt. Bila ada gangguan voltan tinggi statik, kitaran metabolik akan menjadi perlahan. Ini memberi kesan kepada sistem imun dan menyebabkan tubuh menjadi terdedah kepada penyakit dan mempercepat proses penuaan.

Kalau korang ada masalah susah nak tidur boleh lah survey survey dan rasa sendiri kelainan tilam Goodnite® Love Series ni. Mana tahu lepas ni korang dapat tidur yang lebih berkualiti dan mengurangkan masalah susah untuk tidur malam tu kan. Boleh dapatkan di kedai kedai Goodnite® yang berhampiran ya..

Website: goodnite.com.my
Hubungi: 03-3250 2218




You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. best ni kalo tido atas tilam ni hilang letrik dlm badan.. kalo tolak troli tesco asyik kena karan tu hahh badan kita poblem la.. dengan tilam ni memang dia tarik abis kan kak

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!